Rabu, September 30, 2009

Kematian Kugan: Seorang anggota polis didakwa esok | Nizar News




Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata seorang anggota polis akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya esok berhubung kematian tahanan polis, A Kugan.

Katanya, Navindran a/l Vivekanandan akan didakwa mengikut Seksyen 331, Kanun Keseksaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah bagi memeraskan pengakuan bersalah dari Kugan.

Navindran juga menghadapi tuduhan alternatif mengikut Seksyen 330 kanun yang sama, dengan sengaja menyebabkan kecederaan bagi memeras pengakuan bersalah dari Kugan.

"Saya telah mengarahkan dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 1 Oktober (esok)," kata Abdul Gani dalam satu kenyataan petang ini.

Kugan, 22, mati semasa dalam tahanan polis di balai Taipan di USJ pada 20 Januari lalu, selepas ditahan untuk disoalsiasat berhubung beberapa kes kecurian kereta mewah.

Malaysiakini melaporkan dua hari lalu bahawa sekurang-kurangnya seorang anggota polis dijangka didakwa di mahkamah berhubung kematian Kugan.

Bagaimanapun, wartawan yang menunggu seawal jam 8 pagi di luar mahkamah mendapati kes itu tidak ada.

Dalam satu kenyataan hari ini, Abdul Gani berkata, siasatan polis mendapati, daripada 92 kenyataan saksi, hanya empat saksi yang mengenalpasti Navindran sebagai orang yang menyebabkan kecederaan pada dua waktu pada 16 Januari 2009.

Katanya, dalam kedua-dua kejadian itu, suspek dikatakan telah memukul Kugan dengan paip getah dan empat hari kemudiannya Kugan meninggal dunia.

Abdul Gani berkata, dalam tempoh masa empat hari itu, mangsa telah membantu siasatan polis dengan membawa mereka ke empat lokasi pada empat tarikh berlainan antara 16 dab 20 Januari 2009.

Abdul Gani juga menjelaskan mengapa Navindran tidak boleh didakwa atas tuduhan membunuh tetapi didakwa atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Kugan.

Katanya, ia kerana tiada bukti bahawa mangsa mati mengejut, tetapi sebaliknya mangsa meninggal dunia empat hari selepas dia didakwa dipukul.

Oleh itu, kata Abdul Gani, terdapat jurang masa yang lama di antaranya dan oleh itu suspek tidak dapat didakwa atas tuduhan membunuh.

Hasil laporan perubatan, katanya, tidak menunjukkan bahawa mangsa mati akibat kecederaan yang dialaminya.

Sebaliknya, kata beliau, kematiannya didapati berpunca daripada acute myocarditis, iaitu jangkitan pada jantung.

Oleh itu, katanya, pendakwaan terhadap suspek mengikut seksyen 330 dan 331 kanun keseksaan berdasarkan kepada bukti yang ada serta mengambikira laporan dan nasihat pakar perubatan.

malaysiakini

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...