Ahad, September 13, 2009

Khalwat pada Ramadan | pkfz


KUALA TERENGGANU – Sebanyak 25 kes tangkapan khalwat membabitkan 50 pasangan bukan muhrim dilakukan Bahagian Penguat Kuasa Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di seluruh negeri ini sehingga 17 Ramadan lalu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh berkata, tangkapan berkenaan membabitkan sembilan kes di Dungun, masing-masing empat kes di Besut, Kemaman dan Kuala Terengganu serta dua kes di Hulu Terengganu dan Marang.

“Kes tangkapan khalwat terutama pada Ramadan tidak sepatutnya berlaku kerana ia memberi impak negatif dan memalukan imej umat Islam.

"Apa yang dikesalkan pada hari pertama Ramadan, sudah ada satu kes tangkapan khalwat dilakukan sekali gus menggambarkan pasangan yang di-tangkap langsung tidak menghormati kemuliaan bulan ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu Kali ke-30 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh di Dewan Sivik Gong Badak.

Menurut Muhammad Ramli, tangkapan khalwat terbabit dibuat hasil maklumat orang ramai dan kebanyakan tangkapan dilakukan di bilik hotel bajet, sekitar pantai peranginan dan rumah yang membabitkan golongan berumur antara 17 hingga 70 tahun.

sinarharian

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...