Jumaat, September 18, 2009
Khir Toyo terima ugutan bunuh | Nizar News
Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo tengah hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam selepas menerima sepucuk surat ugutan bunuh terhadapnya.
Mantan menteri besar Selangor itu menerima ugutan tersebut dalam sepucuk surat yang sampai pagi tadi ke pejabat DUN beliau di Sungai Panjang.
Surat itu antaranya bertulis: "Hentikan cubaan menjatuhkan kerajaan Selangor. Jika tidak, saya bebas mencari kamu di Selangor."
"Saya boleh tembak kamu atau sumpitan beracun yang boleh membunuh kamu dalam masa beberapa saat sahaja," surat itu dipetik.
Sekeping surat itu yang bertulisan tangan di kedua-dua halamannya dikirim dari Bukti Raja, Kelang pada 15 Sept berdasarkan cop pada setemnya.
Dihubungi Malaysiakini petang ini, Dr Mohamad Khir berkata beliau membuat aduan polis pada 12.30 tengah hari tadi.
Tambahnya, ugutan sedemikian bukan pertama kali terhadapnya.
"Sebelum ini, melalui SMS itu biasa. Tapi surat, ini kali pertama," katanya, sambil menambah, aduan itu dibuat kerana berasa keselamatan dirinya terancam.
"Dulu lainlah, (semasa menjadi menteri besar) saya ada pengawal peribadi," katanya.
Dalam laporan Bernama, beliau berkata surat itu dibawa oleh pembantunya bersama-sama surat lain dan kad ucapan Selamat Hari Raya ke pejabatnya di Glenmarie, Shah Alam pagi ini dan beliau
membaca surat ugutan kira-kira 10 pagi.
"Dia tulis di sana (salam surat ugutan) saya bebas mencari Datuk Seri sama ada di Selangor, di Sungai Panjang, di Sungai Besar, di Sungai Dorani, di Shah Alam... saya boleh tembak Yang Berhormat pada bila-bila masa," beliau dipetik berkata selepas membuat aduan polis.
Ditanya sama ada beliau mengetahui siapa yang menghantar surat ugutan itu, Dr Mohamad Khir berkata biarlah pihak polis yang menyiasat.
"Sebagai ketua pembangkang saya menegur apa yang perlu, apa yang perlu diambil tindakan untuk kebaikan.
"Saya kesal tindakan saya itu dikatakan saya cuba untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat," katanya.
Beliau dilaporkan berkata ugutan itu ditujukan hanya kepadanya seorang sahaja.
malaysiakini
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
yeko?
BalasPadamBismilah Hir Rahman Nir Rahim
BalasPadamAnggapan Sahja ;
Kalaulah surat layang kebiasaan dibuat oleh ahli UMNO sahja tapi apalah punya sewel hingga tiada kejantanan sampai nak tambahkan kerja Pak polisi .Pergi potonglah lu punya KO**K kasi itik gembol gembol makan .
YB Khalid Samad diugut mati oleh Pak Aji Songkok Tinggi Hitam tempuh hari, lagi terang terang malah live lagi tapi YB Khalid Samad selamba je! tak pergi repot kat Pak Polisi, tak tahulah sama ada YB Khalid Samad malas nak repot kerana beliau tahu kalau buat repot pun Pak Polisi buat dek je . So kesimpulan Khir Toyo jangan nak main wayang supaya kes kes lu nak di lupai oleh media arus UMNO BN. Pandai lu Khir nak larikan tajuk pulak . Dasar kaki korup.Kerja nak menipu je.Cerpen HJ Jamaludin
Salam, pak khir mmg kaki wayang betull... dia ingatkan ada org nak simpati kat dia... poorahh
BalasPadamAda tak tengok Filem Bruno yng timbulkan Kontroversi tu? Ada 1 babak tu Bruno jumpa ketua militan di timur tengah dan meminta ketua tu culik dia. Alasannya? Nak minta perhatianlah (terkenal). Mcm sama pula dengan yg ni...
BalasPadam