Sabtu, September 19, 2009
LALULINTAS BALIK KAMPUNG DI LEBUHRAYA PLUS | pkfz
Dalam tinjauan krew Biaqpila petang tadi,lalulintas mula sesak menuju utara selepas keluar tol Juru. Laluan ke arah Prai bergerak perlahan.
Kesesakan juga berlaku sebelum susur keluar ke Kulim dan Baling berdekatan Hospital Seberang Jaya.
Sementara itu,kenderaan juga didapati bergerak perlahan di beberapa lokasi seperti di Slim River dan ketika mendaki kawasan berbukit di Gua Tempurung.
Walaubagaimanapun keadaan di tol Ipoh Selatan kelihatan tidak sesak seperti musim perayaan sebelum ini kerana pengguna yang ingin ke utara boleh memandu terus tanpa henti selepas Plus mengadakan laluan ekspress beberapa bulan lalu.Hanya pengguna yang ingin keluar ke Ipoh sahaja yang perlu membayar tol di situ.Sebelum ini kesesakan di tol tersebut menyebabkan pengguna terpaksa menghabiskan masa berjam-jam semata-mata untuk membayar tol.
Sehingga tengah malam ini tiada kesesakan luar biasa dilaporkan walaupun hujan mengiringi sepanjang perjalanan ke utara.
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...