Isnin, September 14, 2009
Mahathir membayangkan Umno, BN akan terkubur | Nizar News
Oleh bumiperak
"Kenyataan bertulis terbaru Tun Dr. Mahathir mantan perdana Menteri Malaysia dalam blognya 'chedet' bertarikh 11 Sept 2009 menganalisis kekalahan Parti Liberal Demokrat ( LDP) Jepun yang memegang kuasa semenjak 54 tahun lalu. Padamasa satu hari disiarkan lebih 100 respon dan komen pembaca telah diberikan yang mahukan perubahan untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional.
Mahathir berpendapat UMNO dan Barisan Nasional akan mengalami nasib yang sama dengan Parti Liberal Demokrat ( LDP) yang ditolak rakyat negara itu. Situasi politik yang berlaku turut menjejaki parti-parti lain yang memperjuang hingga mencapai kemerdekaan negara dari penjajah di serata dunia samada di Asia dan Afrika yang kini kian lenyap.
Rakyat tidak lagi ambil kisah kepada perjuangan dan pengorbanan silam yang telah dibuat parti dan peminpin mereka. Generasi baru tidak tahu nilai kesusahan pejuang kemerdekaan lalu, oleh itu mereka tahu bersyukur dan berterima kasih. Ianya tidak penting bagi kehidupan mereka.
Puncanya adalah sikap pejuang bangsa ini tamak dan berkepentingan diri. Mereka tidak lagi memperkasa bangsa. Mereka mengabaikan perhubungan dengan penyokong dan akar-umbi yang semakin hari makin jauh.
Malah tidak dipertikaikan lagi dimana rasuah telah menular kepada Umno dan parti-parti komponennya. Kuasa dan jawatan menjadi rebutan sesama mereka. Pemimpin berkeinginan besar mengekalkan jawatan biarpun keupayaan mereka semakin hilang manafaatnya. Dengan pemimpin begini pembangunan negara dan rakyat yang seharusnya diutamakan telah terabai.
Sedekad yang lalu pemimpin ini bercakap berbilion ringgit telah dilaburkan kepada beberapa projek Koridor dan sebagainya belum nampak dan tak dapat dipastikan. Juga tidak dapat ditunjukkan RM 250 bilion lebihan wang Petronas dikatakan telah dibayar kepada kerajaan. Ia bukan lagi pelik apabila mendapati Malaysia telah ketinggalan berbanding dengan jirannya. Sekarang Malaysia bukan lagi negara peneraju dan contoh di rantau ini.
Pengundi terutamanya Melayu selama ini begitu setia kepada BN terbukti telah beralih kepada pembangkang pada pilihanraya 2008 yang lalu sehingga negeri Umno terkuat boleh jatuh kepada pembangkang. Tidak mustahil pilihanraya umum akan datang BN bakal tumbang seperti yang berlaku di Jepun. Pengundi muda tidak mempedulikan apa itu sejarah perjuangan lalu kerana ia tidak memberi makna kepada mereka.
Hanya yang boleh menyelamatkan BN mungkin adalah tiadanya perubahan kemajuan dari parti pembangkang kerana mereka bukan pilihan alternatif sebenarnya. Oleh itu jika kerajaan BN perlu memanafaatkan kemajuan dan pembangunan untuk pulihkan keyakinan mereka. Jika tidak, pengundi ini akan kecewa dan akan buat seperti pengundi Jepun yang menumbang parti yang mereka sokong lebih separuh abad itu.
Pilihanraya umum akan datang ada masa lebihkurang 3 tahun, masa yang terlalu singkat. Beliau berharap tindakan drastik diambil untuk membaiki keadaan dan rakyat dapat merasakan terbela. Jika tidak BN akan termasuk dalam kumpulan parti lapuk dan menjadi sampah kepada sejarah baru.
Komen dan respon pembaca nampaknya mereka masih menaruh harapan kerajaan dan memulihkan kekuatan baru. Tidak kurang juga yang menyalahi dan mencari kelemahan pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat. Jadikannya iktibar dan teladan kepada sesiapa sahaja yang diberi kekuasaan.
utaraonline
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Salam..
BalasPadamSaya setuju.. pada pg raya kita semua kena menziarahi kubur org tua kita dan waris2 tersayang yg telah pergi dulu..Al-Fatihah..