Selasa, September 29, 2009
PAS dan Pakatan, jangan tertipu di Bagan Pinang | Nizar News
Hamba Allah, Terengganu.
Berlalunya Ramadan, seolah-olah memberi satu isyarat bermula di Bagan Pinang. Parti-parti politik telah mempergiatkan langkah yang dilihat agak lembab sepanjang bulan Ramadan.
Umno dilihat cuba merungkai satu halangan yang jika dapat diatasi, laluan untuk menang dilihat mudah bagi mereka.
Halangan paling besar bagi Umno ialah calon. Kesilapan memilih calon yang mampu diterima semua pihak dilihat mampu meninggalkan parut baru kepada Umno. Mengikut sejarah lepas, kebanyakan kawasan yang mempunyai ramai pengundi Pos selalunya memihak kepada Umno.
PAS dan PAKATAN pula dilihat banyak menumpukan masalah-masalah teknikal yang melibatkan pengundi Pos. PAS beranggapan jika pengundi Pos dapat dipengaruhi, peluang untuk menang adalah tinggi. Isu calon bukan satu isu yang besar bagi PAS. PAKATAN sendiri telah berjanji akan memberikan sokongan penuh kepada mana-mana calon yang dipilih.
SPR telah menetapkan penamaan calon pada 3 Oktober 2009 manakala hari pengundian pada 11 Oktober 2009. Pada pilihan raya yang lalu seramai 5,000 orang adalah pengundi Pos. Umno telah memenangi kerusi Bagan Pinang dengan majoriti 2,333 undi.
Jika diperhatikan dengan teliti, tuntutan PAS berkaitan undi Pos memang ada asasnya. Undi Pos yang diperkenalkan semasa darurat dilihat tidak lagi sesuai masa kini. Usaha mengekalkan undi Pos akan memberikan keuntungan sebelah pihak. Mungkin isu undi Pos bukan sesuatu yang terlalu besar untuk diperkatakan tetapi perlaksanaan pengundian Pos itu yang diragui.
Adakah SPR akan bersetuju dengan tuntutan pakatan dan NGO yang membantah undi Pos ? Kita semua dah tahu jawapannya. Jika Umno tidak setuju adakah SPR akan setuju ?
Tidak cukupkah lagi isu dakwat kekal yang dimainkan semasa pilihan raya lepas, Isu 'Dia Sakit Kepala' yang dimainkan sebagai iklan di TV, Isu hantu yang hidup semula semasa hari pengundian, Isu penempatan pendatang asing di Pekan dengan lebih 2,000 rakyat Myanmar dan diberikan hak kerakyatan, Isu pendatang asing di Sabah dan banyak lagi isu-isu yang menunjukkan pelanggaran secara terang-terangan terhadap akta pilihanraya. Apa yang pelik, semua isu ini seolah-olah tidak diketahui langsung oleh pihak berkuasa dan SPR.
Undi Pos ! Satu isu kecil jika hendak dibandingkan dengan isu-isu yang lebih besar seperti di atas. Sekejap sahaja rakyat akan lupa. Apabila kerajaan naikkan harga minyak baru-baru ini, semua pihak termasuk penyokong kerajaan dan pembangkang merungut, bersumpah seranah dan geram. Sekarang ! berapa kerat rakyat Malaysia yang masih menjadikan isu harga minyak sebagai tajuk perbualan.
Ada sedikit kebimbangan, jika PAS dan PAKATAN terlalu banyak menumpukan masalah teknikal undi Pos. Umno pula dengan senang hati akan memenangi kerusi Bagan Pinang. Walaupun satu undi, Umno boleh mencanangkan bahawa, rakyat sudah kembali kepada Umno. Bagan Pinang bukan sahaja satu ujian getir bagi PAKATAN, tetapi ia merupakan kesinambungan kemenangan sebelum ini yang akan menentukan pola pengundi bagi pilihanraya umum akan datang.
Pembangkang sudah lama tertipu. Jangan benarkan kita tertipu lagi. Islam tidak mengajar kita untuk dikenakan pada kali kedua, ketiga dan seterusnya. Jangan ada tolak ansur. Jika SPR masih berdegil, jangan sertai pilihanraya. Kenapa kita perlu akur dengan undang-undang yang tidak adil dan berat sebelah. Menyertai pertandingan yang tidak adil bererti bersubahat. Mungkin cadangan ini tidak dipersetujui.
Jalan yang terbaik, PAS dan PAKATAN perlu menjadi subjek pendesak yang keras. Sementara masih ada hari yang berbaki. Sama-masalah kita berfikir dan melakukan sesuatu agar pengundian di Bagan Pinang berjalan dengan adil dan baik. Menang kalah bukanlah isu yang besar, keadilan itulah yang sepatutnya menjadi isu kepada menang dan kalah.
harakahdaily
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...