Sabtu, September 26, 2009

Pemuda Gerakan cabar Guan Eng debat isu Kg Buah Pala | pkfz

PULAU PINANG: Pemuda Gerakan Pulau Pinang telah pun mengemukakan memorandum bagi mencabar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng supaya berdebat mengenai isu Kampung Buah Pala.

Naib Pengerusinya H'ng Khoon Leng berkata perdebatan dengan Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, akan diadakan di kampung itu pada 8.30 malam 4 Oktober ini dengan matlamat membolehkan orang ramai mengetahui kebenaran di sebalik isu kampung itu, lebih terkenal sebagai "High Chaparral", yang telah pun dirobohkan.

"Kami harap Lim akan berani menyahut cabaran itu memandangkan beliaulah yang mengendalikan isu ini ketika mula berbangkit pada Julai lepas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

H'ng berkata beliau mahu setiap penduduk, terutamanya yang tinggal di Pulau Pinang, memahami isu itu memandangkan ia membabitkan kerajaan negeri sekarang.

"Saya turut mengalualukan semua pihak untuk menghadiri debat itu dan melihat sendiri kebenaran yang akan disingkap semasa perdebatan," katanya.

Memorandum itu diterima oleh Ong Beng Guat, pembantu khas Ketua Menteri, kirakira 10.30 pagi ini.

Dalam respon segeranya, Lim berkata Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sendiri perlu menyertai debat itu dan bukan menghantar proksi.

"Beliau (Koh) mencabar saya sebelum ini untuk mengadakan debat berhubung isu tanah dan saya telah pun menyahutnya. Selepas melontarkan cabaran, Koh tidak berani membuat tindakan susulan dan menghantar wakilnya untuk debat itu. Saya fikir ini tidak wajar," katanya dalam sidang akhbar berasingan.

Lim berkata Koh sepatutnya mempunyai keberanian untuk berdebat bagi menunjukkan beliau mempunyai kualiti kepimpinan.

"Jika Koh tidak mahu berdebat, maka kita tidak seharusnya membuang masa berurusan dengan parti seperti ini memandangkan pemimpinnya tidak berani tampil menyahut cabaran," katanya.

Lim turut menegaskan bahawa kerajaan Pulau Pinang tidak bersikap lepas tangan dalam isu berhubung penduduk Kampung Buah Pala. BERNAMA


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...