Selasa, September 22, 2009
Pemuda PAS pantau kempen menteri dalam kem tentera | Nizar News
SEREMBAN, 21 Sept: Pemuda PAS bersedia membuat bantahan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sekiranya mendapati ada pihak khususnya pemimpin BN berkempen dalam kem tentera sempena pilihan raya kecil Bagan Pinang Oktober nanti.
Pengerusi Jawatankuasa berkaitan Undi Pos Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berkata, jika kempen dalam kem tidak di benarkan, bermakna semua pihak termasuk BN juga tidak boleh berbuat demikian.
"Pemuda PAS telah menubuhkan pasukan pemantau yang akan dibantu anggota tentera sendiri di kesemua 11 kem dan akan memantau pergerakan menteri yang datang berkempen di sana," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad bahawa parti politik tidak dibenar berkempen dalam kem tentera. Selain itu, anggota tentera juga tidak diberi kebenaran untuk berparti politik melainkan selepas bersara.
Sebelum ini, pemuda PAS mendesak SPR supaya mereka juga dibenarkan berkempen dalam kem tentera memandangkan BN sering melakukannya dengan menggunakan platfom Kementerian Pertahanan tanpa sebarang halangan dari SPR.
"Mendengar kempen pilihan raya bukannya berpolitik, kita bukan minta tentera pegang jawatan dalam parti.
"Adakah salah untuk anggota tentera nak kenal orang yang mereka nak undi?, saya rasa sudah tentu tidak salah, tapi kenapa kerajaan nak halang anggota yang nak mengundi, kenal calon yang bertanding? " soalnya lagi.
Menurutnya lagi, anggota tentera juga perlu mendapat maklumat yang jelas berhubung calon yang mereka perlu pilih.
Apatah lagi, mereka bertanggungjawab menjaga keselamatan negara dan semestinya memerlukan penilaian tepat sebelum memilih pemimpin mereka.
Selain itu beliau turut mencadangkan kepada pihak SPR agar memperuntukkan jadual khas dan tempat lain selain dalam kem kepada anggota tentera untuk bertemu dan mengenali calon yang bertanding.
Ianya dilihat lebih adil berbanding menutup langsung ruang kempen kepada anggota seperti sedia ada khususnya kepada parti bertanding selain BN.
" Mereka tentunya sensitif berkenaan memilih pemimpin. Takkan mereka nak pilih calon yang rasuah jadi pemimpin mereka," katanya.
harakahdaily
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...