Sabtu, September 05, 2009
Pencuri seluar dalam wanita hantui penduduk apartmen
DAMANSARA - Pencuri yang gemar memecah masuk beberapa rumah di Apartmen Flora Damansara sejak kebelakangan ini bukan sahaja mencuri barangan berharga di rumah yang dimasukinya tetapi turut mempunyai hobi yang pelik.
Dua bulan lalu suspek yang pernah memecah masuk sebuah rumah di kawasan kediaman berkenaan selain melarikan pelbagai barangan berharga bernilai RM10,000, dia juga turut mencuri ‘seluar dalam’ wanita.
Terbaru dalam kejadian semalam, sebuah rumah yang disewa oleh beberapa gadis pula menjadi mangsa dan seluar dalam mereka telah dicuri oleh si pencuri berkenaan selain kehilangan pelbagai cincin, rantai emas yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM7,000.
Pencuri pelik itu kemudiannya meninggalkan cermin mata hitamnya di atas meja makan seolah-olah sebagai ‘cenderahati’ kepada penghuni rumah terbabit.
Menurut mangsa, Natrah Noor 23, dia terkejut apabila mendapati kunci mangga dan pintu hadapan rumahnya sudah terbuka.
“Saya merasa pelik dan terkejut kerana selalunya kalau kawan-kawan yang lain balik, rumah mesti berkunci. Sebaik sahaja saya masuk ke dalam bilik semua pakaian dan barangan berterabur,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Suspek dipercayai turut menyelongkar almari dan mengambil apa sahaja barangan berharga di setiap bilik termasuk sebuah kotak mengandungi barang kemas miliknya.
Selain itu, dua buah komputer riba dan kamera digital turut ‘disapu’ menyebabkan mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara.
sinarharian
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
ini penyamun tarbus...amat merbahaya...tingkatkan keselamatan kediaman anda...seluar dalam hendaklah disimpan rapi...janagan letak merata...ini sex maniac ooii..
BalasPadamambil tindakan segera
BalasPadam