Selasa, September 15, 2009
Penyu Kembali Ketawa | pkfz
Ahmad Said Kekal MB.Terengganu
Oleh berat66
Tidak mudah Ahmad Said menjadi MB Terengganu dan jangan disangka begitu mudah pula beliau nak ditumbangkan. Mungkin ramai yang tidak tahu, betapa susahnya Dato’ Ahmad Said terpaksa menempuh pelbagai rintangan untuk menunaikan Titah Sultan dan menyelamatkan Terengganu daripada diperintah oleh “Natang Penderhaka” yang tamak haloba.
Pendedahan yang tidak seberapa ini, paling kurang akan dapat membantu keseluruhan rakyat Terengganu menyambut Aidilfitri dengan damainya walau pun ramai yang tidak mendapat wang ehsan dan bungkusan kurma dan zam-zam daripada kerajaan Hadhari kerana diselewengkan oleh sesetengah JKKK Natang.
Dato’ Ahmad Said (selepas ini dirujuk sebagai Ahmad Said) terpaksa kembali semula kerumahnya di Kemaman kerana tertinggal handphone dan membatalkan pemergiannya bersama kumpulan yang mahukan Deris menjadi MB untuk membuat rayuan terhadap Sultan.
Kumpulan ADUN dan perayu jawatan MB yang dihantar Deris menginap di Hotel JW Marriot, sebuah hotel bertaraf 5 bintang berhadapan dengan Regent KL, bersebelahan dengan KL Plaza dengan kadar sewa TIDAK kurang daripada RM600 satu hari. Mereka menginap selama seminggu sebelum mengadap Sultan. Kesemua kos penginapan, makan minum termasuk hiburan ditaja oleh jutawan yang menggomol projek Pulau Duyong dengan rakusnya.
Ahmad Said ditakdirkan tertinggal handphone di rumah dan kembali ke Kemaman dan tidak meneruskan hasrat itu atas sebab-sebab yang hanya beliau sahaja yang tahu. Ketika penemuan diadakan bersama wakil Sultan, hanya Ahmad Said dan beberapa kerat lagi yang tidak kelihatan dan ketidak hadiran Ahmad Said telah menyentuh hati Sultan.
Apabila berita perlantikan Ahmad Said tersebar luas, sedangkan Ahmad Said sendiri pun kurang percaya yang beliau akan dilantik Sultan, kumpulan penderhaka telah pun mula mengepung kediaman Ahmad Said untuk mengelakkan beliau keluar daripada rumah untuk menerima watikah perlantikan.
Sultan telah bersetuju dan amanat itu harus ditunaikan Ahmad Said. Sebagai anak jati Terengganu yang taat kepada 5 rukun Negara, Ahmad Said bertekad memenuhi titah Baginda Sultan walau apa pun yang merintang.
Ahmad Said dengan tekad tiada halangan hanya peluang untuk menunaikan perintah istana terpaksa berhadapan dengan kumpulan penderhaka. Walau pun kediaman beliau dikepung dan dikawal rapi, Ahmad Said berjaya menyelinap keluar dengan bantuan lori sampah. Ahmad Said bersembunyi di dalam timbunan sampah dan berjaya memboloskan diri daripada kumpulan penderhaka tersebut.
Selepas berjaya melepasi pelbagai rintangan, watikah perlantikan berada ditangan, namun dendam membara kumpulan penderhaka yang mahukan jawatan MB tidak berakhir di situ. Ia berterusan dengan satu demi satu onar dan ranjau menguji ketabahan dengan hasrat untuk menjatuhkan Ahmad Said dari kerusi nombor satu Terengganu.Segala perancangan bijak pandai team deris gagal menggugat Ahmad said yang dianggap mereka sebagai MB yang tak tahu apa satu.
Sehingga ke hari ini pelbagai spekulasi dan cerita dikeluarkan bagi tujuan melemahkan kepimpinan Ahmad Said namun semuanya gagal. Usaha terakhir, walaupun mempunyai pakar startegi yang ramai, sehingga membawa Hishamuddin Tun Husin menerajui Umno Terengganu, kumpulan Deris tetap gagal dan Ahmad Said masih kekal di situ.
Ugutan untuk keluar parti dan bersama Pakatan Rakyat dilihat sebagai usaha paling jijik dan terakhir team Deris untuk melumpuhkan Ahmad Said, namun hasrat team Deris ditolak awal-awal lagi kerana Pakatan Rakyat dan juga Pas Terengganu tidak rela bersekongkol untuk menderhaka dengan bertindak menjatuhkan Menteri Besar yang dilantik Sultan. Kerana itulah tiadak ada kata putus daripada pihak Pas Terengganu dalam soal ini kerana Pas menghormati keputusan Sultan. Pangkat dan kedudukan bukan segala-galanya.
Kekal atau tumbangnya Ahmad Said, mana-mana ADUN atau team Deris tidak akan berjaya menduduki kerusi nombor satu Terengganu kerana yang akan memperkenankan perlantikan sebagai MB ialah Sultan.Jangan lupa.
Jadi, secara teori dan logiknya, Ahmad Said akan kekal MB Terengganu hingga ke akhir penggal dan kumpulan Deris kekal berkerat rotan dengan istana dan mereka akan gelap gambor dalam arena politik mereka. Peganglah jawatan Ketua atau Timbalan Ketua Bahagian sekalipun, “Natang Penderhaka” tidak dibenarkan Sultan untuk memerintah Terengganu.
utaraonline
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...