Ahad, September 27, 2009
Pilih Isa Undang Padah, Sisih Isa Undang Kalah. BN Gelabah. | Nizar News
Ada kebenarannya bila Mahathir buat hal lagi dengan meminta Umno untuk tidak mencalonkan Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai “ayam laga BN” dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang. Permintaan itu disuarakan kerana kebimbangan Tun terhadap imej Umno yang akan tercalar sekiranya seseorang yang telah terbukti perasuah seperti Isa Samad dipilih. Tidak benar jika Isa disisih, bererti imej kotor Umno akan segera bersih. Tidak dan tidak semudah itu. Bahagian Teluk Kemang sanggup sememangnya telah banyak mendapat laba dari Isa akan sanggup “mati anak jangan mati adat” untuk mencalonkan Isa yang dianggap sebagai pemimpin yang “Tak lekang dek panas" Tak lapok dek hujan”.
Walau pun ada berpandangan seperti Tengku Razaleigh Hamzah yang memberi amaran Isa Samad atau mana-mana calon yang tercemar akan mengugat peluang Umno BN namun pilih atau sisih Isa tidak ubah seperti “Dianjak layu dicabut mati”
Jika Umno Pilih Isa di Kubu Kuat BN.
Pilih Isa bererti Umno akan mengundang bala kekalahan yang lebih besar lagi seperti kata Tengku Razaleigh bahawa kekalahan Umno adalah baik untuk Malaysia.
Kedudukan Khairy Jamaluddin yang dikatakan sebagai punca tindakan disiplin dikenakan terhadap Isa Samad akan menjadi lebih goyah dalam suasana untuk beliau mengambil alih pucuk pimpinan Negeri Sembilan.
Lebih malang lagi akan berlaku ialah kedudukan MB Negeri Sembilan sekarang, Mohamad Hj. Hasan yang sepuak dengan Khairy Jamaluddin di bahagian Rembau akan menjadi kerusi panas dan tunggu masa sahaja untuk Isa goncangkan kembali setelah menang nanti.
Jika Isa dipilih, tidak terbayang berapa ramai lagi yang akan kena kerat nanti akibat kembalinya bapa perasuah yang mahu mengambil kesempatan PRK Bagan Pinang sebagai tarikh dan lesen untuk dimaaf dan dilupuskan kesalahan beliau.
Jika Isa tidak dipilih
Bererti akan berlakulah apa yang dikatakan sebagai “Amok Tok Isa” yang akan:
Kalau tak patah, tiat,
Kalau tak luka, congek,
Kalau ketulahan, tujuh tenggeng hilang pesaka,
Tujuh musim padi tak jadi.
Kehadiran kembali Isa mengembirakan sesetengah dan mendukacitakan sesetengah yang lain. Kehadiran iSa dilahat sebagai calon yang paling “Perfect” dan ada yang beranggapan sebagai “Perfect Disaster” kerana Mat Hassan akan tempah maut dan Khairy berada diambang kemusnahan.
Pilih atau Sisih Isa, Bagan Pinang akan tetap menjadi Kubur Buat BN
sinarhairan
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Isa atau sesiapa UMNO telah luka parah.Hanya menunggu saat untuk dibacakan Yasin dan kemudiannya ditalqinkan.UMNO parti yang mengumpul semua perasuah dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar rasuah dilakukan.
BalasPadamRakyat makin hari makin membenci parti perasuah nombor wahid ini.Slogan 1Malaysia hanyalah dendangan lagu SELAMAT TINGGAL BUNGAKU.