Rabu, September 02, 2009

Remaja dicabul bapa saudara

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja menerima nasib malang apabila dicabul bapa saudaranya sendiri dalam satu kejadian yang berlaku di rumah keluarga mangsa di Kampung Jongok Setar, Ajil, di sini, Khamis lalu.

Suspek dilaporkan membuat onar dengan memeluk mangsa dari belakang dan memegang buah dadanya ketika remaja malang berumur 15 tahun itu membasuh pakaian di dapur kira-kira jam 10 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri berkata, tidak selesa dengan perlakuan bapa saudaranya, mangsa bertindak menepis dan melarikan diri ke dalam bilik.

“Bagaimanapun, suspek bertindak mengekori dan memeluknya sebelum mangsa sekali lagi melarikan diri ke dapur, namun suspek terus mengejarnya serta meraba mangsa,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.

Menurut Mohd Fauzi, tidak tahan dengan perlakuan bapa saudaranya, mangsa kemudian berlari ke ruang tamu lalu memaklumkan kejadian malang itu kepada neneknya sebelum wanita terbabit membuat laporan polis.

“Laporan dibuat di Balai Polis Ajil kira-kira jam 3 petang dan pihak polis kemudian menahan seorang pengawal keselamatan berumur 42 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

“Bapa saudara mangsa ditahan reman selama tiga hari dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.

sinarharian


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...