Selasa, September 22, 2009

Samy Vellu kepada Dr M: Jangan Masuk Campur Bagan Pinang | pkfz



Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mahu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak campur tangan dalam pemilihan calon BN untuk pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang.

Beliau berkata Dr Mahathir boleh menjejaskan jentera pilihanraya BN melalui kenyataan-kenyataan yang dikeluarkannya, sepertimana yang telah berlaku dalam pilihanraya-pilihanraya kecil lepas.

"MIC akan akur dengan siapa sahaja yang dipilih oleh Perdana Menteri, yang juga pengerusi BN. Dr Mahathir tidak sepatutnya campur tangan dalam terlalu banyak perkara yang mungkin meletakkan BN dalam keadaan sukar," katanya.

Mantan perdana menteri itu dilaporkan berkata Tan Sri Mohd Isa Samad tidak patut diletakkan sebagai calon kerana beliau pernah digantung daripada Umno selama tiga tahun dari Jun 2005 atas dakwaan politik wang.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas beberapa cawangan Umno dan Umno Bahagian Teluk Kemang dikatakan telah mencadangkan Isa kepada pucuk pimpinan BN untuk dipertimbangkan sebagai calon bagi pilihan raya kecil itu.

Dr Mahathir berkata imej Umno akan terjejas sekiranya masih meletakkan perasuah mewakili dalam pilihanraya. Beliau menambah Umno juga akan dilihat tidak serius memerangi politik wang.

"MIC yakin dengan kebijaksanaan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga pengarah pilihan raya BN) dalam memilih calon yang betul untuk kerusi itu," kata Samyvellu.

"Perdana menteri mempunyai kewibawaan untuk memilih seseorang yang mampu membawa kemenangan kepada BN. Hanya Perdana Menteri mempunyai kata putus mengenai siapa yang patut jadi calon," tambah beliau.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang ditetapkan pada 3 Oktober dan pengundian pada 11 Oktober. Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 Sept.

tva

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...