Khamis, September 17, 2009
SIAPA ANDA SENANG-SENANG HUKUM ORANG SESAT | pkfz
Wartawan Sariha Mohd Ali dari Berita Harian menulis perihal orang-orang melayu yang telah sesat kerana menyertai parti DAP. Beliau sarankan kumpulan yang tersesat ini kembali kepangkal jalan dengan menyokong UMNO. Nampaknya siPenulis ini terlalu mendewa-dewakan Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan. Segala apa yang dicakapkan oleh Jurucakap UMNO ini semuanya bernas belaka tidak perlu ditapis-tapis lagi.
Beliau seterusnya menulis dengan mengatakan berdasarkan sejarah dan ideologi DAP, kemasukan orang-orang melayu kedalam Parti itu adalah bagi memenuhi agenda politik sempit yang akhirnya merugikan bangsa melayu itu sendiri.
Baiklah, saya “compliment” Penulis ini kerana menzahirkan perasaan bersalah sekiranya tidak disedarkan kumpulan- kumpulan melayu yang dikatakan telah tersangat sesat. Walau bagaimanapun saya juga ada sejarah yang hendak diluahkan.
Walaupun saya bukannya Ahli DAP tetapi sebagai seorang yang penuh minat dalam hal-hal siasah saya juga mengambil tahu perjalanan Parti-Parti Politik lain sejak sekian lama. Saya tidak semata-mata berpandukan apa yang ada dalam UMNO sahaja. Meminjam kata-kata Bintang Filem terkenal yang digilap oleh Yasmin Ahmad “I may look stupid if…..”, saya juga tidak ingin menunjukkan kebodohan.
Untuk makluman kepada yang sudi berkongsi maklumat Parti DAP hari ini sudahpun menjadi Kerajaan. Kerajaan yang dimaksudkan ialah Kerajaan Pulau Pinang. Sebelum ini Pulau Pinang diperintah oleh Parti GERAKAN dan UMNO adalah kerabatnya. Mengikut catitan sejarah juga sudah terlalu ramai orang-orang melayu dalam DAP pernah menjadi Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Diantaranya ialah Sdra Ahmad Nor (bekas Presiden Cuepacs), Fadzlan Yahya dan Lawyer Mohd Asri Othman. Mereka-mereka ini telah banyak membantu orang-orang melayu yang tinggal dibandar-bandar menyelesaikan berbagai masaalah kehidupan. Samada berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan ataupun khidmat masyarakat yang diperlukan. Dan baru-baru ini kedua-dua Senator yang mewakili Dewan Negeri Pulau Pinang adalah orang-orang melayu.
Kepada yang terlalu bangga dengan UMNO dalam aspek membela orang-orang melayu ini patutlah ada rasa malu sedikit. Merujuk pula kepada prinsip “langkah mayat sebelum wujudkan negara Islam” yang dikecam oleh UMNO juga, Apakah UMNO sebenarnya ada bercadang nak jadikan Malaysia Negara Islam? Kalau ada boleh tolong beri “target date” nya.
Kepada pemimpin UMNO yang senang-senang menghukum “sesat” ini, semaklah apa yang berlaku dalam UMNO dulu. Berilah seluas-luas peluang kepada melayu-melayu sejumlah 3 juta lebih itu daripada hanya orang-orang tertentu sahaja boleh menjadi Wakil Rakyat dan sebarang jawatan lain. Dimana ada diantaranya sudah 4 hingga 5 penggalpun masih merasakan tempohnya belum “matang”.
ahmadzawawi
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
salam
BalasPadamDAP adalah parti untuk semua kaum bukan untuk orang cina sahaja. Pilihan menjadi anggota DAP adalah pilihan individu itu sendiri sejajar dengan 1 Malaysia.
Salam
BalasPadamWartawan tersebut mungkin sekadar mendapat E+ waktu matapelajaran Sejarah Tingkatan 3 sebelum PMR.
Mungkin beliau pelik kalau kita kata parti Gerakan juga bukan bertunjangkan bangsa seperti UmNO atau MIC atau MCA.
Pekat berakidahkan UmNO..