Oleh Kereta Mayat
(Kita akan dapat apa yang kita nak, setelah keinginan kita sama dengan keinginan Tuhan...)
Geli tetek aku, begitulah kata perumpaman yang dapat aku gambarkan apabila Handphone yang berada dalam poket atas baju melayu aku bergetar yang menandakan telah masuknya SMS dari seorang hamba Allah kepada aku..
“Tolong beli kicap”
3 rangkap SMS yang di hantar ketika aku dalam perjalanan ke masjid, tidaklah mengembirakan aku kerana tumpuan aku kepada Allah akan terganggu, hampeh betul!.., nilah orang perempuan, kalau ye pun nak SMS, hantarlah lepas solat, barulah aku boleh solat dengan khuyuk dan khuduk.., akupun call isteri aku bagi ceramah sikit..
“berapa kali abang nak pesan?, jangan kirim apa-apa waktu abang nak solat, kalau nak apa-apa, kirim lepas habis solat.., faham?!”
Bini aku ketawa sambil mintak maaf, apa yang kelakar ntah? Katanya tak sengaja, dan janji lain kali tak buat lagi, dan juga berjanji di lain kali, akan SMS lepas solat jika ada apa-apa nak pesan..
Jadi aku pesan lagi sekali kat semua isteri orang yang baca blog aku,:
“TOLONG JANGAN SMS KIRIM BELI BARANG DAPUR WAKTU SUAMI NAK PERGI SOLAT”
Faham?!
Kalau nak SMS gak, tunggu lepas 15 minit, insyAllah, lepas dah solat, suami akan beli barang dapur yang korang kirim dengan senang hati, jika tidak, alamak!, dalam setiap rakaat ler nampaknya syaitan akan ingatkan barang yang nak di beli.., iman rukuk -tolong beli kicap, imam iktidal -kicap warna hitam, imam sujud -cap kipas udang, imam duduk antara dua sujud,-kenapa kicap asyik warna hitam?, imam sujud balik – apa salahnya jika kicap warna biru? Imam rakaat ke dua, korang dah bukak kilang kicap, imam bagi salam, korang tiba tiba sambung satu rakaat sebab asyik sangat berangan jadi jutawan kicap warna biru.., apa apa ntah?!
Habis sampai situ, harap semua isteri di luar sana mengerti penderitaan suami masing-masing, Ok, bercerita tentang SMS, korang perasan tak? Dalam solat, kita sebenarnya sentiasa menghatar ‘sms’ kepada Allah..
Sebagai contoh waktu rukuk, ‘sms’ yang kita hantar:
"Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujianNya."
Waktu iktidal pulak, kita hantar ‘sms’:
"Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian."
Lepas tu waktu sujud, kita hantar 3 kali lagi ‘sms’
"Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujianNya."
Duduk antara dua sujuk, ‘sms’ kita panjang sikit:
"Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, lindungkan aku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku."
Dan pentuup solat, kita bagi ‘sms’ yang panjang..
"Segala penghormatan yang berkat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah...."
Dan tahukah korang?, bahawa setiap ‘sms’ yang korang hantar kepada Allah itu, sebenarnya Allah terima dan balas balik bagi mereka yang khusyuk…
Contohnya dalam Al fatihah:
‘sms’ korang:
''Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam.''
‘sms’ dari Allah:
"Hamba-Ku telah memuji-Ku."
‘sms’ korang:
''Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.''
‘sms’ dari Allah:
"Hamba-Ku Mengagungkan-Ku."
‘sms’ korang:
''Raja di Hari Pengadilan.''
‘sms’ dari Allah:
"Hamba-Ku berserah diri kepada-Ku."
‘sms’ korang:
''Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan.''
‘sms’ dari Allah:
"Inilah antara Aku dan hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta."
‘sms’ korang:
''Tunjukilah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau anugerahkan kepada mereka yang Engkau cintai, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang Engkau sesatkan.''
‘sms’ dari Allah:
"Ini milik hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta."
****
Lepas tu pulak, bila korang dah habis solat, maka korang akan hantar ‘sms’ panjang panjang mengikut hajat masing masing.. dan tahukan korang?, apakah tanda ‘sms panjang’ kita itu diterima?
Menurut seorang sahabat Tabein yang bernama Thabib Bananni Rahmatullaalahi, beliau menyatakan seorang wali Allah akan dapat mengetahui akan ‘sms’ manakah yang di ‘hantar’ oleh beliau yang diterima oleh Allah, iaitu beliau setiap kali badan rasa bergetar, air mata mengalir, bulu roma meremang dan satu ‘vibrate’ dalam dada berlaku di setiap kali hamba Allah ini berdoa, maka ‘vibrate’ dalam dada itulah antara salah satu petunjuk yang menandakan ‘sms’ beliau telah di terima oleh Allah.. hebat bukan?
Dada bergetar menandakan doa makbul? Aku juga pernah alami peristiwa ini, lepas solat, aku terus berdoa dengan tawajjuh pada Allah, mata ku pejam rapat rapat, dan tangan menggiggil tanda khuyuk dalam hati.. tiba tiba satu gegeran berlaku di dada aku, makin lama makin kuat.. oh, inilah agaknya pentanda bahawa doaku telah makbul..
“Jangan lupa, beli kicap”
Cis!, isyarat vibrate sms dari bini aku rupanya, hampeh! Lepas ni tak nak silent mode with vibration lagi! Geli tetek aku.
End!
Ps: Betul kata hadith, bahawa doa wanita lebih makbul dari lelaki…
utaraonline
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
BalasPadamHello Sheikh cerita mu perihal kena beli kicap jadi mu punya pembukaan cerita . Ini menunjukkan yang Sheikh memang suami yang tak perihatin langsung . Hinggakan isteri terpaksa sms kat Sheikh , apa punya teruk punya suami . Hanya pandai nak makan je ! Ini menunjukkan Sheikh langsung tak pernah buat inventori barang kering mahupun barang basah , hanya makan je ! Bila isteri hantar sms , Sheikh kutuk macam macam . Bila isteri tak bagi tahu yang stok kicap dah habis , Sheikh akan marah juga . Bagi tahu pun salah tak bagi tahu pun salah . Apa Sheikh ingat isteri Sheikh tak pening hingga menganggu sholatnya bila kicap kesukaan Sheikh dah habis. So Sheikh jangan nak salahkan isteri kalau suami tak ambil pusing hal ehwal stok barang kering mahupun stok barang basah . Sebagai ketua keluarga kenalah ambil tahu pasal dapur yang nak di asapkan . Jangan nak pikir kekuhsukan sholat Sheikh je.Tolong minta maaf kat isteri Sheikh jangan nak suruh dia je minta maaf kat Sheikh. Nanti makan nasi bungkus baru padan muka. CERPEN HJ JAMALUDIN
Assalamualaikum Haji Jamaludin..~
BalasPadamEh Pegey Daa..Baca Bismillah Lepas Tu "Hello"..
Mana Punya Adab Daaa....Nama Dah "Haji"..Sudah
Nya Kecoh Pasal Cerita Kicap..Apekemendenye La~
Jangan Ler Nak Judge Sesuatu Berdasarkan Cerita
Yang Sekadar Selingan..Kan Perkara Biasa Je Tu..
Tiap2 Sebulan Sekali Kan Ade Je Pergi Shopping2
Barang Dapur..Mana La Tahu Bulan Tu Tiba2 Kicap
Terlebih Guna Ke..Ade Sedare Dtg Melawat So Kena
La Masak Ape2 Ke Yg Penggunaan Kicap Tu Perlu...
Cepat Ler Abehnya Ye Tak?Sudah Ler Menghakimi
Orang..Siap Letak Hukuman Pulak Tu?Betul2 Hou
Liow Maaa..~Heybat2...~"Bila Isteri Hantar SMS
Sheikh Kutuk Macam2"..Di Baca Dan Diteliti Teks
Tulisan Di Atas Semula..Boleh Di Simpulkan Yang
Ianya Merupakan Teguran Yang Simple..Mengutuk?
Entah Ler..Atas Definisi Apa Yang Boleh Dikata
Kan Mengutuk Tu Tatau Ler Pulak Kan..~Kalaulah
Di Katakan Atas Dasar Abeh Semua Orang Tahu Akan
Cerita Ini..Eh Takde Pulak Nama Sebenar Dan Juga
Gambar Sebenar Yang Boleh Buat Mangsa "Kutukan"
Jatuh Malu..Sudah2 La..Nak Mengutuk Je Tahu....
Kepada Tuan Yang Menulis "SMS Kepada Allah?"...
Bismillahir Rahmanir Rahim...~
"Maka Bersabarlah Engkau Atas Apa Yang Mereka
Katakan Dan Bertasbihlah Dengan Memuji Tuhanmu
Sebelum Terbit Matahari Dan Sebelum Terbenam.."
-Surah Qaf:39-