Rabu, September 23, 2009

Tiada rasional bertemu Khairy, Umno sudah habis idea | Nizar News

TAIPING, 23 Sept: Jemputan oleh Ketua Pemuda PAS sudah melangkaui dua bulan sejak 29 Julai lalu namun sehingga kini wacana itu belum menjadi realiti disebabkan aneka dolak dalik, alasan dan syarat yang diberikan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sekaligus membuktikan kelemahan pemimpin sayap kanan parti itu.

Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasruddin Tantawi berkata, sikap mengelak itu jelas menonjolkan kepada umum betapa Umno dan pemudanya sudah kehabisan idea dan tidak bersedia sama sekali untuk membuktikan kebenaran.

"Tak perlu tunggu lagi. Tinggalkan dolak-dalik dan permainan mereka ini kerana sudah bangkrap idea.

"Kita akan teruskan perjuangan dengan lebih hebat lagi dan memberi penerangan kepada rakyat, betapa Umno tidak bersedia untuk buktikan kebenaran seperti tajuk wacana yang kita anjurkan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau sekali mengulangi pendirian untuk tidak bertemu empat mata secara tertutup dengan Khairy seperti yang dimahukan kerana ianya tidak rasional dan tidak mahu dipermainkan oleh Ketua Pemuda Umno itu tentang isu yang lebih serius, yang wajar diperdebatkan atau dibincangkan di khalayak umum.

Terdahulu kata Nasruddin pelbagai pihak turut menganjurkan forum yang hampir sama antaranya Gerak dan Insaniah Kedah yang turut menjemput beliau dan Khairy untuk berada di pentas yang sama namun malangnya Ketua Pemuda Umno itu, tidak bersedia dan menolak jemputan tersebut.

Ustaz Nasruddin sebelum ini turut memberi penjelasan berhubung dakwaan Naib Ketua Pemuda Umno, Dato' Razali Ibrahim bahawa perbincangan Wacana Ilmiah Terbuka telah terhenti apabila Dewan Pemuda Pas Pusat tidak memberi jawapan balas terhadap surat yang dikemukakan Khairy.

Dalam surat Ketua Pemuda PAS yang bertarikh 29 Julai itu kepada Khairy Jamaludin memaklumkan penubuhan Jawatankuasa Teknikal dari pihak Pemuda PAS dan turut mencadangkan Pemuda Umno menubuhkan juga Jawatankuasa Teknikal sama bagi membincangkan format, masa, tarikh, lokasi, moderator dan perkara-perkara berkaitan wacana.

Khairy telah membalas surat tersebut meminta agar pertemuan empat mata antara beliau dengan Nasruddin di adakan dan dan tidak bersetuju dengan tajuk "Wacana Ilmiah Terbuka : Adakah Perjuangan Umno tidak betentangan dengan Islam."

Selain ianya menimbulkan fitnah, isu yang diperbincangkan adalah berkaitan rakyat dan perjuangan parti itu dan tidak ada kena mengena dengan hal peribadi sehingga terpaksa bertemu empat mata secara tertutup.

"Kalau nak tahu maksud saya, kenapa ketika menyerahkan jemputan di Parlimen, Khairy tak turun dan kenapa baru sekarang nak jumpa?

"Hentikanlah bermadah helah dan bergurau. Jika berani buktikan kebenaran dan ingin rakyat tahu...ayuh marilah turun...untuk berwacana. Jangan berdolak-dalik di media," katanya.

harakahdaily


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...