Khamis, September 17, 2009
Umi Qazrina dan Tan Hong Ming Hanya Lakonan | pkfz
Bas Sekolah 1Malaysia?
Pagi ini seperti biasa aku menaiki motosikal ke Sungai Buloh dari Putrajaya. Walaupun masih terasa dingin pagi niatku ke pejabat tetap diteruskan demi sesuap nasi untuk menyara keluaragaku. Motosikalku terus membelah pagi ke laluan yang biasa aku lalui. Pagi masih gelap lagi namun sinar mentari sudah haus-haus kelihatan di langit hitam.
Laluan aku menuju ke persimpangan UPM dan berhenti untuk memberi laluan kepada kenderaan lain melintasi simpang itu. Sambil aku leka menanti lampu bertukar ke hijau tiba-tiba sebuah Bas Sekolah keluar dari arah Mines dan membelok ke UPM menarik perhatianku.
Aku perhatikan seorang remaja berdiri di tangga bas tersebut lengkap beruniform serba putih, berbangsa India. “Macam aku juga!”, desisku mengingat kembali zaman remaja dulu suka bertengek ditangga bas. Aku sempat perhatikan pemandu dan penumpangnya sekali, semuanya berbangsa India. Aku mula terfikir mungkin bangsa India semuanya perkauman sehingga Bas Sekolah pun mesti berbangsa India.
Selang sebuah kereta selepas Bas Sekolah tadi aku tertarik dengan sebuah van yang tertulis “Bas Sekolah”. Seperti sebelum ini aku juga perhatikan pemandu dan penumpangnya, semuanya berbangsa Cina. Tanggapan aku sebelum ini mula goyah, bukan sahaja Bangsa India perkauman tetapi cina pun sama. Tak lama selepas itu sebuah van berwarna putih pula melintas didepanku juga
Menarik perhatianku kerana van tersebut juga membawa pelajar sekolah. Aku perhatikan pemandu dan penumpangnya sekali tapi kali ini semuanya berbangsa Melayu. Aku terperanjat semua tanggapan aku tadi sebenarnya salah tetapi hakikatnya rakyat malaysia ini memang perkauman. India dengan bangsanya, cina dengan bangsanya dan melayu juga dengan bangsanya.
Hati aku mula menyoal bagaimanakah Perdana Menteri kita hendak jadikan malaysia ini sebagai 1Malaysia? Bas Sekolah pun tidak boleh dijadikan Bas Sekolah 1Malaysia sedangkan pelajar sekolah adalah teras asas pembentukan negara majmuk.
Seperti kata bidalan “Melentur aur biar daripada rebung”. Rupanya iklan TV petronas sempena hari kemerdekaan arahan Yasmin Ahmad mengenai percintaan Tang Hong Ming dengan pelajar melayu sebenarnya elok-elok sahaja hakikatnya kita sebenarnya hidup perkauman sejak dari bangku sekolah lagi. Sejauh manakah retorik 1Malaysia akan berjaya?? Adakah seusia Islam Hadhari
cayrol
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...