Khamis, September 24, 2009

Umno Parti Kitar Semula | Nizar News



Umno Telok Kemang Mahu Isa Samad


Ketua Pemuda Umno Bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan perwakilannya untuk menamakan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Okt ini.

Walaupun bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu diselar kawan dan lawan sebagai perasuah, namun Mohd Faizal berkata Umno Telok Kemang dan rakyat setempat mahukan Isa, yang pernah diambil tindakan displin atas tuduhan politik wang.

"Kami tidak melihat sebarang masalah yang timbul jika beliau dicalonkan kerana ini merupakan komitmen pada peringkat jentera parti dan komitmen yang diberikan oleh peringkat akar umbi kerana beliau mesra dengan masyarakat," katanya kepada Bernama.

Beliau mendakwa bahagian itu sudah pun membuat tinjauan dan mendapati para penduduk termasuk dari keturunan bukan Melayu menerima Isa.

"Saya tak nampak bahawa isu-isu yang menjadi rekod Isa akan menjadi satu liabiliti kepada Umno dan BN dalam menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang ini," katanya.

Mohd Faizal berkata Isa dan mantan Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sama dan serupa kerana mantan Perdana Menteri itu juga pernah diambil tindakan displin oleh Allahyarham Tuanku Abdul Rahman.

"Akibat desakan yang kuat dari akar umbi, Perdana Menteri kemudian Allahyarham Tun Abdul Razak membawa masuk Mahathir kembali dan beliau akhirnya muncul sebagai pemimpin yang hebat," katanya.

Katanya, pemilihan Isa sangat tepat kerana tokoh itu telah membuktikan kesetiaannya kepada parti walaupun telah diambil tindakan disiplin dan ini merupakan contoh yang baik kepada ahli lain.

Ini membuktikan kesetiaan itu merupakan satu perkara yang perlu kita utamakan, jadi bagi saya selaku Ketua Pemuda malah mungkin mewakili sebahagian Pemuda inilah yang patut menjadi idola kerana kita hendak mencari orang yang benar-benar setia pada parti," katanya.

Jika parti menolak suara perwakilan, beliau khuatir Umno akan melakukan kesilapan yang sama seperti parti LDP yang telah memerintah Jepun selama lebih dari 50 tahun tetapi akhirnya tewas.


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...