Rabu, September 16, 2009
UMT cipta rekod baru MBOR bertadarus tanpa henti 100 jam
KUALA TERENGGANU – Percubaan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mencipta sejarah Malaysia Book of Records (MBOR) akhirnya menjadi kenyataan apabila Program Tadarus al-Quran Tanpa Henti Selama 100 Jam yang diadakan selama lima hari bermula 9 September lalu berjaya mencatat rekod bertadarus paling lama di negara ini.
Naib Canselor UMT, Profesor Dr Aziz Deraman berkata, pengiktirafan daripada MBOR itu menjadi kebanggaan pihaknya, sekali gus membuktikan keupayaan penuntut mampu menjayakan program bercorak keagamaan terbesar peringkat kebangsaan itu.
“Rekod dalam MBOR ini adalah sebagai penghargaan 30 pengurus dan 250 penuntut yang bergilir bertadarus al-Quran sehingga tiga kali khatam setiap seorang.
“Di sebalik kejayaan ini, sebenarnya kita mahu menyedarkan penuntut bahawa pelbagai aktiviti boleh diadakan sepanjang Ramadan khususnya tadarus al-Quran yang boleh meningkatkan kefahaman peserta terhadap kandungan ayat al-Quran,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sijil MBOR: Tadarus al-Quran ‘100 Hours Non-Stop’ sempena Nuzul al-Quran daripada wakil MBOR, Richard Yap di Kolej Kediaman Fasa 1 UMT.
sinarharian
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsalam, isk isk Allah suruh baca quran secara tadarus, tadabuur dan tartil supaya faham dan amalkan Quran bukan untuk dapat MBOR
BalasPadamsalam
BalasPadamwalau apapun, SEMARAKKAN ISLAM
ceh baca al-quran pn nk cipta rekod,hampehla korang nie..Allah suruh baca al-quran supaya menghayati isi kandungan,amalkn ape yg terdapat dlm al-quran,merenung,muhasabah diri,bknnye baca al-quran utk berbangga2,cipta rekod or pape la,tue sbbnye student2 ipt skrg jauh dari Islam,byk wat maksiat,sbbnye pemimpin n lecterur anjurkn majlis keagamaan jer,x menghayati apa yg Allah suruh,geram lak aku,rasa seolah2 al-quran nie benda yg nk dipertandingkn jer..ish!!
BalasPadam