Isnin, Oktober 19, 2009
16 September Cuti Umum: Hasrat Anwar Tercapai | Nizar News
1 September 2008
mSTAR – PULAU PINANG: Selepas memberi cuti umum sempena pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh, kerajaan Pulau Pinang akan menimbang cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya 16 September setiap tahun dijadikan cuti umum untuk lima negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sebagai memperingati hari pembentukan Malaysia.
“Perkara ini akan dibincangkan dulu dengan exco kerajaan negeri kerana ia akan melibatkan operasi pihak industri di negeri ini,” kata Ketua Menteri Lim Guan Eng selepas pada ceramah umum mengenai ‘Enzim Sisa Makanan Menyelamatkan Dunia Kita’ di Pasar Awam Tanjung Bungah di sini hari ini.
Cadangan cuti umum untuk lima negeri Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan itu dibuat oleh Anwar pada majlis kesyukuran sempena kemenangan beliau pada pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu. (Gerbanginfomasi)
19 Oktober 2009
Perdana menteri hari ini mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan.
Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting.
“Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar.
“Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.
“Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia,” katanya.
Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963. (Malaysiakini)
Lembu punya susu, sapi punya nama. Selama ini BN tidak pernah menghiraukan tanggal 16 September, Hari Malaysia. Hanya Sabah dan Sarawak yang menganggap tarikh ini penting.
Pada 16 September yang lalu, Parti Gerakan meraikan tarikh tersebut secara kecil-kecilan. Itupun dilakukan secara menyorok-nyorok kerana takut terpandang oleh orang UMNO. Maklumlah sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963, UMNO tidak pernah terfikir untuk meraikan hari tersebut. Cukuplah dengan 31 Ogos.
Lagipun ada apa dengan 16 September, melainkan konfrontasi dengan Indonesia. Tanggal 31 Ogos lain. Ini tanggal keramat yang menyaksikan bendera British diturunkan dari tiang sebagai tanda kemerdekaan Tanah Melayu setelah sekian lama dipijak oleh Mat Salleh.
Sebelum Mat Salleh memijak Tanah Melayu, Mat Belanda dan Mat Portugis telah memijak bumi Melaka sehingga lumat. Tun Sri Lanang yang menulis Sejarah Melayu terpaksa menulis dari tanah seberang. Betapa kejamnya penjajah ini. Anak bumi mahu menulis sejarah tanah air sendiri pun terpaksa (dipaksa?) pergi duduk menulis di bumi perantau.
Kemerdekaan bukan didapatkan dengan senang. Ramai perajurit terkorban, mengorban dan dikorban. Penjajah memang kurang asam. Dia tidak reti sebut Tanah Melayu, lalu menukarnya kepada Malaya. Maka kita pun dengan akur menerima panggilan tersebut tanpa bantah-bantah. Nasib baik DBP belum wujud. Kalau tidak, kena saman Kerajaan Baginda Ratu kerana menukar nama rasmi negeri orang sesuka hati.
Tiba-tiba, apabila tsunami politik melanda negara dalam PRU-Ke 12 yang lalu yang menyaksikan ramai wira BN gugur gedebap-gedebup bagai nangka busuk gugur ke tanah sebelum disondol ibu babi, Sarawak dan Sabah menjadi penting.
Maka tanpa diminta-minta, jauh sekali dipaksa-paksa, ribuan mata orang politik di Semenanjung mula memandang ke Bumi Borneo. Otak-otak yang sembab juga mula berfikir. Dua negeri di bawah bayu itu ada sesuatu yang istimewa yang tidak dilihat oleh orang Semenanjung iaitu wira bangsa – penyelamat BN daripada gugur seperti nangka busuk sebelum disondol ibu babi.
Sabah dan Sarawak memainkan peranan penting dalam menentukan senario politik negara. Maka tidak hairanlah BN dan PKR begitu mengambil hati orang di sana. Mereka dilayan seperti anak emas.
Maka tidak menjadi perkara pelik apabila PM mengisytiharkan 16 September sebagai hari cuti umum negara bermula tahun 2010.
satumalaysia
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...