Sabtu, Oktober 10, 2009
2 EGM, 2 MCA bawa 'Mini Tsunami' di Bagan Pinang | Nizar News
BAGAN PINANG, 9 Okt - Lim Kit Siang yang menjangkakan satu 'mini tsunami' politik akan berlaku pada akhir pilihanraya kecil Dewan Undangan Kecil (DUN) Bagan Pinang Ahad ini menuntut SPR menurunkan slogan 1Malaysia BN terlebih dahulu, bukannya mengarahkan DAP menurunkan pemidang "BN Isa Zalim" di depan bangunan pusat penyelarasan parti itu di Batu 9, Teluk Kemang, dekat sini.
Penasihat DAP itu berkata, kedudukan Umno-BN bertambah tenat dengan apa yang berlaku dalam MCA dan Umno itu sendiri masih belum pulih untuk dapat semula sokongan rakyat. Malah penyokong kuat MCA kini yang berpecah sudah memilih untuk bersama-sama dengan Pakatan Rakyat
"Rakyat esok akan melihat pimpinan MCA yang sedang berperang "all-out" (habis-habisan) dalam EGM MCA yang dikononnya dikatakan boleh menyelamatkan MCA yang kini telah berpecah dua. Wujudnya sejarah dua kali EGM dalam MCA kali ini," ujarnya dalam satu ceramah di Pusat Penyelarasan DAP malam tadi.
Menurutnya, penyokong Ong Tee Keat akan menghadiri EGM yang dipanggil Ong, menyokong keputusan pemecatan Chua, sementara penyokong Chua Soi Lek akan menghadiri EGM yang dipanggil Chua (dengan mendapat tandatangan 1/3 perwakilan), membatalkan keputusan pemecatan Chua.
"Esok EGM MCA akan mengadakan 4 jamuan, satu penyokong Ong tiga lagi penyokong Chua, bajetnya yang diperuntukkan melebihi jumlah hadirin yang akan hadir," ujarnya.
Perpecahan dalam MCA itu katanya, bukanlah menunjukkan 1MCA, 1MIC dan 1Umno-BN, maka 1Malaysia memang tidak wajar diisytiharkan. Ini berikutan slogan yang hanya angan-angan kosong ternyata telah terbukti semasa Pilihanraya Umum 2008. Majoriti 50% rakyat memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di beberapa buah negeri, dan rakyat sememangnya memerlukan perubahan.
Sementara pada masa yang sama, kes Ong selaku Menteri Pengangkutan dalam kabinet yang didakwa terima wang RM 10 juta daripada CEO Kuala Dimensi Sdn Bhd masih belum selesai.
"Separuh dari rakyat Malaysia telah menolak UMNO-BN, 90 peratus daripada pengundi cina sudah pun berubah dalam pilihanraya lalu, adakah rakyat di Bagan Pinang masih lagi mahu mengundi pemimpin bermasaalah ni?" soalnya.
Tambahnya, slogan 1Malaysia yang dikatakan BN merupakan benteng bagi Negara langsung tidak dapat menyatukan rakyat Malaysia. Ini berikutan badan-badan berkanun seperti Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) sendiri telah mula hilang hak kebebasan untuk bersuara.
"Jika UMNO kata bangun, mereka mesti bangun. Jika duduk, mereka mesti duduk," ujar beliau merujuk keadaan MCA yang hanya 'pak turut' mendengar arahan Umno tanpa bersuara.
Turut menyentuh isu kematian Teoh Beng Hock sewaktu dalam disiasat MACC, beliau mengharapkan rakyat Bagan Pinang membela kematiannya dengan menolak BN, bukan kerana Beng Hock orang cina tetapi keran dia rakyat Malaysia.
"Hanya sejumlah wang 2,400 yang dikatakan penyalah gunaan duit, sehingga menyebabkan kematian beliau berbanding Ong yang dikatakan terlibat dengan jutaan ringgit masih belum disiasat habis," jelasnya.
Beliau sebelum itu mengharapkan agar pilihanraya kecil ini dapat memberikan satu perubahan yang baru dan dapat dapat melahirkan negara yang lebih bertamadun pada masa akan datang, bukan seperti yang diperintah Umno sekarang.
Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...