Jumaat, Oktober 02, 2009
Bekas Adun Umno minta pengundi PRK Bagan Pinang sokong PAS | Nizar News
Bekas Adun Umno Kawasan Pulau Manis, Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, menyeru penyokong-penyokong Umno yang mengundi dalam PRK Bagan Pinang 11 Oktober nanti supaya tidak mengundi BN.
Dalam tulisan melalui blognya sakmongkol.blogspot, beliau berkata Umno hari ini sudah terlalu banyak menyimpang daripada asas perjuangan asal.
Katanya, penyimpangan tersebut di lakukan oleh pimpinan yang korup, angkuh dan bermutu rendah. Justeru pengundi di Bagan Pinang khususnya orang Melayu mesti menghantar isyarat yang nyata bahawa UMNO yang mereka mahu ialah UMNO yang mesti berpulang kepada pangkal perjuangan.
“Saya menyusun jari nan sepuluh dan menundukkan kepala nan satu memohon semua orang Bagan Pinang memikirkan masa depan mereka. Memang benar UMNO banyak menyimpang dari asas perjuangan mereka. Tapi itu semua bukan berpunca dari kecacatan azali UMNO. Penyimpangan tersebut di lakukan oleh pimpinan yang korap, yang angkuh, yang bermutu rendah”.
“Rakyat di Bagan Pinang khususnya nya orang Melayu mesti menghantar isyarat yang nyata bahawa UMNO yang mereka mahu ialah UMNO yang mesti berpulang kepada pangkal perjuangan. Dan anda semua menghantar isyarat tersebut bukan dengan mencederakan UMNO tapi memberi nya tiupan semangat. Inilah masa nya pertubuhan Melayu yang membela rakyat memerlukan pembelaan pula”.
“Cuba kita bayangkan. UMNO muncul pada tahun 1946 ketika orang Melayu mennghadapi ancaman yang amat berbahaya. Bererti UMNO itu adalah pelindung ketika bahaya. UMNO mungkin tidak constant- ia berubah. Kemurnian perjuangan di cabul, di rosakkan oleh jenis pimpinan yang korap, angkuh dan bodoh. Yang constant dan bersifat tetap ialah kehidupan ini berubah dan setiap perubahan mengandungi ancaman dan kebelan. Walaupun kita tidak dapat memastikan apa bahaya yang orang Melayu boleh hadapi, kelemahan dari sudut itu tidak boleh di jadikan alasan untuk menghumban keluar UMNO”.
Mohd Ariff Sabri yang dikenali sebagai Datuk Sak, menjadi Adun Pulau Manis selepas memenangi PRU 2004 tetapi kemudiannya tidak terpilih lagi sebagai calon pada 2008 bersama beberapa orang Adun.
Tempatnya diganti oleh Khairuddin Mahmud (BN) yang mengalahkan calon PAS Ustaz Othman Bakar.
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Pas begitu komited untuk melaksanakan
BalasPadamhukum hudud ke atas semua umat islam
di negara ini sekiranya berjaya memerintah..
dengan terlaksananya hukuman ini maka semua
kesalahan-kesalahan seperti minum arak akan
dijatuhkan hukuman sebat dan murtad dijatuhkan
hukuman bunuh..
hukum hudud ini menunjukkan peribadi pas yang
ingin menganiaya rakyat kerana pesalah2 ini
diberikan hukuman secara keterlaluan sedangkan
kesalahan mereka itu tidak memberi penganiayaan
kepada orang lain secara zahirnya dan juga
seolah-olah tiada hukuman alternatif yang lebih
berkesan untuk pesalah2 ini..
Begitu juga dengan hukuman potong tangan bagi
kesalahan mencuri yang dilihat zalim dan
memberi kesusahan kekal kepada pesalah tersebut
atas kesalahannya yang sementara..
Persoalannya apakah hukuman ini relevan kepada
semua umat islam kerana jika dilihat apabila
hukuman ini terlaksana umat islam di negara
ini kebanyakannya akan trauma untuk mengamalkan
ajaran islam yang dilihat kejam dan zalim??
Satu lagi, apakah hukuman hudud ini akan
menjadikan umat islam di negara ini lebih
mentaati Allah dengan penuh keikhlasan..??
Dan lagi, di manakah perginya perjuangan pas
untuk memperjuangkan kehendak rakyat seperti
dalam tema prk bagan pingang 'bersama kehendak
rakyat' apabila hukum hudud ini dilaksanakan..??
Rakyat terlebih dahulu menolak hukum hudud pas
yang dirasakan zalim oleh mereka dan sudah
terbukti dengan kekalahan pas di terengganu
pada pru 11 dan 12 apabila hj hadi komited
melaksanakan hudud di terengganu..
Cadangan saya supaya pas meminda hukum hudud
tersebut dengan melakukan hukuman
alternatif lain yang dilihat lebih relevan
dalam masyarakat kini mengikut nas2 alQuran
dan sunnah..??
Bukanlah saya berniat menetang hukum Allah
tapi hukum hudud akan menjadikan umat islam
takut dengan agamanya sendiri dan agama lain
akan melihat agama islam sebagai kejam..
Jikalau boleh saya ingin mengetahui dalil2
dalam alQuran dan sunnah tentang perlaksanaan
hukum hudud ini..
bongok punya pandangan. kalo x tahu pasal hukum hakam ALLAH baik senyap jer. memang tahap bodoh dah ko ni.
BalasPadamfortrue???
BalasPadamMasyaAllah! Next time pi belajar hukum dulu baru buat komen coz tak intelek langsung malah jelek! Ptuuiiii!
woi tanpa nama...spesies S.I.S(satan in sisters)
BalasPadamspesies kepala lembu,baik ko belaja J-QAf dulu baru nak masuk perkara-perkara besar...
alamak silap lah,geram sangat ni...
BalasPadamlahanat punya fortrue!!!!!
setakat baru belajar alif ba ta jgn nak keluarkan fatwa sendiri..bab hukum allah ni jgn buat main2..jangan ikut logik akal..auzubillah
BalasPadamini adalah undang2 allah tiada siapa yang boleh lari daripada nye..terutama umat ISLAM hukum ini ditujukan kepada umat islam sahaja....kalau seorang tu tidak memahami atau tidak mahu ambil tahu tentang hukum ini maka boleh jadi murtat....
BalasPadamhUKUM HUDUD ADALAH HUKUM ALLAH S.W.T. NABI MUHAMMAD CUMA MENYAMPAIKAN. KALAU TAKUT DIKENAKAN HUKUMAN, JANGAN BUAT SALAH. HUDUD BERTUJUAN MEWUJUDKAN PERASAAN TAKUT SUPAYA TIDAK MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG DILARANG. BERANI KERANA BENAR DAN TAKUT KERANA SALAH.
BalasPadamBUAT FORTRUE,
KALAU KAU BODOH, LEBIH BAIK SENYAP. INI TAK, NAK MENGULAS JUGA. UNDANG-UNDANG SIVIL YG BERAT SEBELAH TU KAU TAKNAK PULAK ULAS.
MANGKOK, MANGKOK. KAH...KAH...KAH...
fortru apa yang betul? Allah itu maha besar dan bijaksana.Allah itu maha Tahu mana yang baik mana yang buru? sekcil dihati kita pun Allah tahu.Sesungguhnya hukumanan Allah terhadap umat yang Islam itu sebagi pengajaran kerana kita hidup bukan di dunia sahaja, ada akhirat yang kekal selama-lamanya.Kalau anda tak tahu tentang hukum Allah s.w.t jangan bagi pandangan yang menunjukan anda teramat jahil dengan apa yang anda perkatakan.Sengguhnya Allah itu Maha Mengetahui.
BalasPadamaku tidak mengatakan aku menentang hukum hudud..
BalasPadamaku cuma persoalkan sejauh mana keberkesanan hukum hudud dalam negara ini dalam keadaan mentaliti rakyat yang jauh daripada islam hakiki..
aku tidak mempetikai hukum hudud yang membawa kesejahteraan seperti mengaharam penjualan arak, menghad syarikat judi dan tidak berurusan dengan bank yang mengamalkan riba..
cuma hukum hudud seperti memberikan hukuman penyeksaan kepada pesalah2 mencuri,zina dan minum arak dikira keterlaluan..
persoalannya bagaimana jika hukuman ini akan menjadikan umat islam itu sendiri benci kepada islam dan beramal tidak ikhlas kerana Allah..??
persoalan lain bagaimana jika hukuman dalam hukum hudud itu dipinda seperti meringankan hukuman potong tangan dengan berpandukan kepada nas alQuran dan sunnah kerana itu adalah satu kecacatan kekal untuk kesalahan yang sementara..??
Satu persoalan lagi, bagaimana dengan tema pas di bagan pinang 'bersama kehendak rakyat' apabila hukum hudud dilaksanakan kelak..
kepada fortrue..
BalasPadamsemua benda milik tuhan
apa yang menjadi milik tuhan tidak layak kamu pertikaikan jika tidak.. selayaknya kamu dipertikaikan iaitu kenapa kamu bergelar manusia bukan kah lebih baik kamu dijadikan sebagai binatang
fortrue mempersoalkan keberkesanan hudud bagaimana sekiranya aku mempertikaikan keberkesanan fortrue menjadi manusia kerana mengatakan hukum potong tangan dipinda sedangkan sudah jelas didalam ayat al-quran.
BalasPadamjika begitu boleh tak sekiranya saya mengatakan fortrue adalah babi sedangkan dengan jelas kamu adalah manusia.
persoalannya sekarang mana mungkin fortrue ingin mencari jawapan sekirannya fortrue tidak percaya kepada kesahihan al-quran ataupun memang fortrue tak faham al-quran ataupun tak pernah baca al-quran ataupun sekadar ingin bermain-main dengan hukum tuhan ataupun cuba menhina islam
BalasPadamapakah orang yang kaya raya merompak dan mencuri dijatuhkan hukuman potong tangan dikira kejam.
BalasPadamjika begitu kenapa pengedar dadah yang kaya raya dijatuhkan hukuman mati.
adakah jatuhkan hukuman mati tersebut dikira kejam sedangkan dia mengedar dadah hanya untuk meneruskan kehidupan iaitu mencari rezeki
BalasPadamHa ha ha
BalasPadamDah la tu. Ruangan ni sepatutnya isu Mohd Ariff.
Fortrue ni dah tersalah bilik. Biarkan lah die. Mabuk kuih raye agaknya. Cakap pun merapu je.
Bagi le die ruang nak keluar balik.
fortrue
BalasPadamMaaflah apa bercakap atas kejahilan anda sebagai makhluk Allah taalan. Kalau jahil baik tak payah cakap.Belajar dulu. Hayati hikmahnya hudud. Allah inihak Allah wajib dilaksanakan. Sejauh mana kepatuhan makhluk manusia nak mematuhinya akan dapat dilihat selepas pelaksanaannya.Bukan hak manusia mempersoalkan hak Allah taala.
bro fortrue..
BalasPadamhudud datang drp Allah. bukan drp parti pas atau umno atau mana2 makhluk.Allah maha mengetahui setiap sesuatu atas semua mahluk ciptaanNYa.Allah maha bijaksana mencipta hudud yang bersesuaian dgn perangai dan sifat buruk manusia.
Kita sebagai manusia fitrahnya diciptakan pun atas kehendak Allah dgn tujuan utk beribadat kpdNya.Apa2 saja yg datang drp Allah, kita sebagai makhluk ciptaanNya mahu tak mahu kena terima tanpa ragu2.
kalau ko nak mempersoalkan sejauh mana keberkesanan hudud itu sendiri dlm konteks negara mcm malaysia ni, ko kena pikirkan sejenak...masih ujudkah lagi roh islam di dlm diri setiap umat manusia di malaysia ni.
jika islam semakin ditinggalkan, itulah puncanya pelbagai jenayah dan kemungkaran berleluasa.Dan itulah sebabnya hati kita mulai mencurigai hudud itu sendiri.
Alang2 ko nak persoalkan sejauh mana keberkesanan hudud,elok ko gi tanya sekali pd mana2 ulama....sejauh mana keberkesanan balasan syurga dan neraka, atau sejauhmana keberkesanan siksa kubur dan azab mahsyar ke atas manusia. Alangkah elok kalau Allah hanya memberi balasan syurga atau neraka sahaja tanpa ada keperitan di Mahsyar dan tanpa perlu siksa kubur dsb...
masyaAllah.. taubat lah fortrue.. dh terpesong aqidah ko ni.. xde makne nye nk cari Altenatif hukuman lain.. klu Allah kata tu maka buat la tu.. sbb Allah maha mengetahui apa yg akan berlaku..
BalasPadam