Ahad, Oktober 04, 2009

Bila sudah rasuah dan berkroni | Nizar News



Penyiasatan Dzulfikar Mashoor

TELOK KEMANG, 3 Okt: Orang tempatan rata-ratanya mempersoal hak privasi pantai Telok Kemang yang diberikan kerajaan Negeri Sembilan kepada pengusaha Hotel Mayangsari sejak beberapa tahun lalu.

Pemberian itu disahkan bertentangan oleh Akta Tanah Pantai serta perairan ? di mana ianya tidak boleh dimiliki secara persendirian, apatah lagi dikorporatkan.

Pengkorporatan tanah pantai itu mengakibatkan rakyat tempatan tidak boleh mengakses pantai awam secara bebas, seperti pantai-pantai yang lain.

Seorang penduduk tempatan yang enggan identitinya diketahui umum mendakwa, tanah tersebut dijual secara tidak berperundangan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Sebelum itu, MPPD hanya membangunkan prasarana tandas awam di kawasan pelancongan itu.

Kemudiannya, MPPD menjual pula sebahagian tanah awam di persisiran pantai tersebut kepada pihak korporat, Hotel Mayangsari.

Ianya termasuk kawasan letak kereta berbayar, berdekatan hotel dan pantai awam.

Balai mandi awam bernilai RM200 ribu, dibina untuk tujuan perlancongan nasional turut mengenakan caj yang tinggi.



Seorang perunding korporat hotel yang ditemui kemudian, enggan mengulas lanjut. Sebaliknya, menasihatkan Harakahdaily supaya tidak mempolitikkan isu tanah pantai milikan Mayangsari.

Dalam perkembangan berkaitan yang lain, penduduk tempatan mendakwa Isa juga terlibat dalam penjualan tanah pantai terbabit secara haram, sewaktu menjadi Menteri Bear Negeri Sembilan.

Adun Port Dickson Bandar sendiri M. Ravi yang dihubungi kemudian menegaskan, bahawa skandal tanah yang melibatkan Isa sudah menjadi rahsia umum yang diketahui rakyat tempat.

"Rakyat di PD (Port Dickson) semuanya tahu tanah pantai diberikan kepada rakyat atau kroni," Menurut Ravi lagi, isu terbabit beberapa kali telah dibawa ke Parlimen, namun gagal diperbahas oleh Ahli-Ahli Parlimen Umno BN sendiri.

Mengulas dakwaan Isa adalah calon akar umbi Telok Kemang, Ravi mendakwa Isa hanya disokong oleh segelintir pemimpin tempatan yang sama-sama bersekongkol dalam aktiviti rasuah serta penyelewengan kuasa.

Kata Ravi lagi, mereka yang menjadi penyokong tegar Isa sebenarnya adalah mereka yang sudah pun menerima anugarah tanah serta wang ringgit daripada Isa, sewaktu calon Umno itu menjadi Menteri Besar.

Pengkorporatan tanah pantai ini menjadikan Isa seorang pemimpin rasuah; dan mementingkan kronik dari kepentingan rakyat.

Mengulas isu serangan peribadi ke atas calon yang menjadi trend pilihanraya kecil belakangan ini, Ravi tidak meminta pengundi N31 terus mempercayai beberapa pendedahan yang dilakukannya belakangan ini.

Sebaliknya, beliau meminta penduduk tempatan pergi sendiri ke Pantai Port Dickson untuk melihat gambaran sebenar pantai itu yang telah diprivasikan itu.



Selain hotel Mayangsari, terdapat beberapa hotel lain lagi di sepanjang pantai Port Dickson telah pun membeli tanah pantai secara haram dengan campur tangan kerajaan negeri, sewaktu Isa menjadi Menteri Besar.

harakahdaily


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama4/10/09 7:25 PG

    dedah jangan tak dedah,reformasi kehendak rakyat, negara milik rakyat bukan milik ubn
    hentikan pembaziran atas nama jamuan terbuka
    ramai rakyat masih belom memiliki tempat tingal
    yg berpatutan ,utamakan yg penting dari yg tak
    penting,hak2 asasi rakyat masih belom terlaksana,jangan angkuh dan menunjuk2 banyak
    lagi rakyat menderita....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...