Sabtu, Oktober 17, 2009

Celcom Bangsatband | Nizar News



Jangan percaya pada papan tanda celcom.Semuanya temberang kalau hangpa nak tau. Kononnya merekalah yang paling MUKTAMAD terpantas di wilayahnya. Wilayah berukband ciptaan mereka yang syok sendiri. Hakikatnya pengguna celcom berukband celcom sendiri yang tahu betapa terhegeh-hegehnya talian berukband celcom sejak akhir-akhir ini.

Seorang pengguna yang rumahnya berada berhampiran papan tanda gergasi celcom berhampiran Sekolah Kebangsaan Cheras Indah Kuala Lumpur,turut menyirap ataupun hati panas dengan talian celcom berukband yang digunakannya.Katanya kalau ada masa dia rasa macam nak tebang saja papan tanda tu.

Masalah yang diadukan pelanggan tidak diambil serius oleh celcom. Janji untuk menambah kapasiti talian (E1 channel) hanya tinggal janji.Apa lagi bahasa yang sesuai untuk menggantikan janji kosong jika bukan temberang? Temberang yang telah memasuki suku ketiga tahun 2009.

Tinjauan juga mendapati keterhegehan talian celcom berukband juga dialami pengguna di Sungai Petani,Alor Setar,Penang,Ipoh yang sebelum ini tidak menghadapi masalah seperti sekarang. Ini menunjukkan bilangan pengguna yang melanggan celcom berukband telah bertambah manakala kapasiti talian tidak bertambah. Apa sudah jadi? Pengguna bukannya beruk.Bangsat betul la!!!Takkan nak makan duit orang tanpa menaiktaraf kapasiti talian sedia ada? Mangkuk pun ada had untuk diisi dengan kuah kari atau sebagainya,kalau tidak ia akan menjadi mangkuk hayun!!!


Payah-payah sangat robohkan saja papan tanda gergasi tu. Kren pun dah dok tunggu kat bawah tu...

Siaran ulangan sempena Anugerah Broadband Paling Teruk. Sila buat undian di atas sekarang!!!


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...