Rabu, Oktober 14, 2009
Celcom Kelentong Lagi | Nizar News
Nak masuk Yahoo Messenger melalui berukband celcom pun berjanggut tunggu,kadang-kadang tak boleh masuk langsung.Ni nak kelentong pula boleh masuk Facebook,Myspace atau Flickr pada bila-bila masa dan di mana mereka berada.Sudahlah celcom woi!!! kasi jaga pelanggan sedia ada pun dah cukup baik daripada nak kelentong cari pelanggan baru.
Kapasiti rangkaian dah cukup sesak,lagi nak tambah pelanggan tanpa buat apa-apa upgrade pada rangkaian.Ingat pengguna bayar sewa buta-buta ka?
Celcom lancar pelan tanpa had harian
KUALA LUMPUR - Celcom (Malaysia) Berhad (Celcom) menerusi perkhidmatan prabayarnya, Xpax, menawarkan perkhidmatan prabayar BlackBerry pertama di negara ini dengan pelan tanpa had harian (Daily Unlimited Plans).
Ketua Pegawai Pemasarannya, Chee Pok Jin berkata, pelan tanpa had harian yang direka khas untuk BlackBerry Curve 8520 itu membolehkan pengguna mendapat akses kepada rangkaian sosial seperti Facebook, MySpace atau Flickr pada bila-bila masa dan di mana mereka berada.
Katanya, selain itu, pengguna perkhidmatan itu juga boleh berhubung dan berkomunikasi sesama mereka menerusi aplikasi Windows Live Messenger, Google Talk atau Yahoo! Messenger yang tersedia didalam model BlackBerry itu.
"Budaya penggunaan rangkaian sosial dan perkhidmatan mesej segera oleh golongan remaja hari ini membenarkan Xpax untuk mempelajari tingkah laku dan lebih memahami pelanggan muda kami.
"Kami percaya dengan meluaskan perkhidmatan ini kepada golongan belia, ia akan memberikan pengalaman baru dalam berkomunikasi secara optimum menerusi perkhidmatan mesej segera," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
kosmo
Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...