Jumaat, Oktober 16, 2009
Dah La Jatuh Tangga Terpijak Pula Tahi Ayam | Nizar News
Apabila Pas kalah di Bagan Pinang macam-macam cerita yang kita dengar daripada ahli dan penyokong Pas. Ada yang hairan kenapa undi yang Pas dapat amat berkurang jika dibandingkan semasa pru-12 yang lalu.
Ada yang kata faktor calonPas orang luar daripada Bagan Pinang, ramai orang tak kenal. Orang India di estate pula tak kenal Pas tak sama macam orang India di Selangor yang ada Kelab Penyokong Pas.Isa Samad walaupun ada kes politik wang tetap dikenang jasanya oleh orang Bagan Pinang yang juga anak kelahiran Bagan Pinang, adik beradiknya ramai kat Bagan pinang. Macam -macam lagilah yang orang Pas dan Penyokong Pas kata bila kalah di Bagan Pinang.
Pemimpin Pakatan Rakyat pula macam MB Selangor kata Pas kalah di Bagan Pinang kerana isu arak yang ditimbulkan oleh pemimpin Pas di Selangor. Klik di sini
Umno pula dalam persidangan Pemuda Umno tuduh pemimpin Ketua Pemuda Pas Nasaruddin Tantawi pembohong, klik di sini .
Pemimpin Umno termasuk Najib dan juga Khairy mendabik dada dengan kemenangan Umno dengan ucapan yang penuh bersemangat mengatakan Umno dah diterima kembali oleh rakyat tak kira Melayu, Cina dan India dah kembali sokong BN.
Ingatkan gempa bumi akan melanda Umno-Bn tapi Pas pula yang kena gempa di Bagan Pinang. Bukan setakat kalah tapi mendapat hinaan daripada dalam dan luar Pas.
Orang Pas dan penyokong Pas pula yang tak turun ke Bagan Pinang sibuk bertanya kenapa Pas kalah, kenapa kalah dengan majoriti yang banyak. Pergi pun tidak tanya pula yang banyak itu dan ini!
misaimerah
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tuan admin
BalasPadamTlg check apasal minta klik tapi tak ada apa-apa pun
PAS kalah.... tidak, cuma tidak dimenangkan Allah di dunia, di akhirat insyaAllah akan dihitung kemenangan demi kemenangan.
BalasPadamAda hikmah kekalahan ini, aku dah nampak...'crystal clear'.
UMNO/BN akan lenyap tidak lama lagi... insyaAllah.
Sekretariat Parlimen Kota Raja
BalasPadamMinta klik menatang apa? Aku tak paham la...
AKUM KALAH ADALAH LUMRAH KALAU KITA TELITI PAS MEMANG PERNAH KALAH MALAH HILANG WANG DEPOSIT TAPI KINI KEKALAHAN NYA KETAHAP YANG LEBIH BAIK MAKNANYA SOKONGAN MASIH ADA. SAYA MERASAKAN SAF KEPIMPINAN PAS YANG BARU KHUSUSNYA DEWAN PEMUDA NYA KUARNG MENARIK ATAU PUN SANGAT LEMAH UNTUK MENDEKATI GOLONGAN MUDA APAKAH TGAHA TIDAK NAMPAK PERKARA INI. KETUA PEMUDA PAS MESTI MENUKAR IMEG NYA DENGAN SEGERA PERINGKAT ORANG MUDA TIDAK SUKA DENGAN GAYA PENAMPILAN NYA YANG BERSERBAN TEBAL DAN TINGGI DEMI PERUBAHAN TUKARLAH SEGERA KEPADA LEBIH SEDERHANA SEPERTI BEKAS KETUA PEMUDA SALEHUDIN AYUB YANG SEDERHANA GAYA PENAMPILAN DAN TIDAK MENENTANG ACAR2 HIBURAN ATAU YANG BERKAIATAN DENGAN NYA.MARILAH KEMBALI KEPADA ASAS PERJUANGAN UNTUK KEJAYAAN SESUAI DENGAN COGAN KATA PAS UNTUK SEMUA(PAS FOR ALL) SEIKAN TERIMA KASIH
BalasPadam