Jumaat, Oktober 23, 2009
Imran tukar keterangan Jamaludin beri rasuah | Nizar News
IPOH, 23 Okt: Ketika memuncak cerita dua Adun PKR yang kini menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno mahu kembali menyokong usul untuk membubarkan Dun Perak, saksi utama kes rasuah mereka menukar kenyataannya dalam Mahkamah Sesyen.
Dari mengaitkan kedua-duanya dengan rasuah, saksi utama itu, Mohd Imran Abdullah, agen provokasi dari Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM), menukar kenyataannya di Mahkamah Sesyen, lapor wartawan Jaspal Singh dalam laman web NST.
http://www.nst.com.my/articles/21naxz/Article/index_html
Dalam keterangannya, Imran berkata, Jamaludin Mohd Radzi, Adun Behrang yang juga bekas Exco Perak tidak menerima sebarang rasuah dari beliau untuk meluluskan projek di Pusat Bandar Seri Iskandar.
Dia juga berkata, Jamaludin juga tidak meminta sebarang wang untuk kelulusan projek tersebut.
Dia juga berkata, Jamaludin tidak berbincang sebarang projek dengannya ketika beliau bertemu Jamaludin di pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Perak.
Pada 14 Ogos tahun lepas, Imran dalam laporannya kepada SPRM berkata, Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu.
"Saya setuju, kenyataan saya kepada SPRM tidak benar," kata Imran dalam Mahkamah Sesyen dengan tenang apabila ditanya oleh peguam Jamaludin, Mohd Roni Abdul Rahman.
Jamaluddin dan Osman Jailu (Adin Changkat Jering), bersama dengan bekas ahli majlis Daerah Perak Tengah, Usaili Alias dan Zul Hassan serta kontraktor Fairul Azrim, telah didakwa menerima rasuah antara RM400 hingga RM100,000 antara 6 dan 19 Aug tahun lepas.
Tiga dari mereka juga didakwa menerima perkhidmatan sex oleh tiga wanita Cina yang diuruskan oleh Imran.
Namun denggan keterangan Imran ini ia seolah-olah menyangahi keterangannya sebelum ini dan besar kemungkinan kes ini akan dibuang begitu sahaja ekoran percanggahan keterangan ini.
Sebelum ini, mahkamah bukan saja ditunjukkan video Imran menyerahkan duit itu kepada Osman dan Usaili bahkan juga video tiga lelaki yang didakwa melakukan hubungan sex dengan tiga wanita Cina itu.
Sebelum ini, Jamaludin dan Osman telah bertindak keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno selepas kedua-duanya didakwa atas kesalahan rasuah di mahkamah.
Mereka berdua bersama Adun Barisan Nasional (BN) yang lain kemudiannya menghadab Sultan Perak dan ekoran itu Sultan Perak telah melantik Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.
Dengan cara itu jatuhlah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.
harakahdaily
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
BalasPadamBerkat doa dan sholat hajat tiap tiap malam oleh dua Adun Saudara Jamaluddin dan Saudara Osman Jailun membuktikan mereka dua ini tidak terlibat dalam rasuah . Allah SWT telah membuka hati Imran untuk menyatakan yang sebenarnya .Kita kena ingat firman Allah ” TIDAK BERGERAK PUN SEBIJI ZARAH MENLAINKAN ALLAH SWT YANG MENGERAKKANYA ” . Ternyata sahih Saudara Jamaluddin dan Saudara Osman tidak terlibat dalam konfrentasi dalam kes rasuah yang di tuduh terhadap mereka. Kenapa kita nak buat berbagai bagai andaian , Saudara Jamaluddin dan Saudara Osman ini adalah seorang muslim , mak bapa mereka orang Islam sejati dan mak bapa mereka telah mendidik saudara Jamaluddin dan Saudara Osman tentang agama Islam dengan sempurna . Saudara Jamaluddin dan Saudara Osman tahu RASUAH DAN ZINA itu haram disisi Agama Islam . Sampai hati kita nak hukum mereka berdua ini , tak ke kita kasihan kat mak bapa mereka yang penat membesarkan mereka berdua dengan berselimutkan agama Islam . hj jamaludin
tapi mak bapak mereka tidak ajar mereka ...jangan jadi katak atau jadi baruah umno.!
BalasPadammak bapak mereka juga tidak mengajar dua adun ini menjadi PEMBELOT pada PENYOKONG yang bersusah payah menaikan nema dua ekor ni macam katak Ibrahim ali....
BalasPadamBismilah Hir Rahman Nir Rahim
BalasPadamHJ Jamaludin, kalau pegi haji pun pemimpin umno sponsor pakai duit cukai arak dan pusat judi genting takyah la kau nak tulis title 'hj' kau kat sini... apasal kau suka berkokok kat sini.? Pg la kat blog kmu sana, blog sehati-sejiwa kau... Setakat 'haji malrboro' mcm kau ni, aku kenal ramai 'haji' yang balik dari mekah pun pegi pusat snuuker, pakai seluar pendek. jadi tak hairan la jamaludin yang ibadat hajinya Allah je yang tau diterima atau tidak ni pun menyokong Parti Warisan Penjajah ni....
Kau bagi komen tanpa membaca apa yang ditulis oleh admin, Masalahnya disini imran, orang yang dulunya memberi keterangan bahawa 2 ekor pengkhianat rakyat Perak ni terima rasuah berupa wang dan seks
(masih ingat lagi kata2 keramat 'seks itu sedekah'?) ...............
semasa diorang masih lagi dalam PKR, fakta ni tak payah nak diputer belit, kat dalam tv3 pencacai yang dikuasai BNatang dah terang-terang menghukum 2 ekor ni bersalah sebelum diadili di mahkamah kanggaru Malaysia dihadapan seluruh rakyat Malaysia suatu masa dulu...
Tapi bila keluar PKR jadi bebas dan sokong mat Monggol, terus imran tukar pengakuan yang 2 ekor petualang ni tak salah.... Cuba kalau tetiba duit upah membelot kaluar dari PKR dulu tak diberi dan 2 katak ni balik ke PR, aku berani jamin pertuduhan yang direka-reka ini akan diteruskan keatas mereka...
Memang la 2 ekor pengkhinat ni tak salah..... sebab pertuduhan ni tak ujud.... projek di Pusat Bandar Seri Iskandar seperti kata DS NIzar 'tak ujud'. Bila tak ujud macam mana diorang nak luluskan? Masalah nya disini ialah Gerombolan United Malay National Organisation memperkhinzirkan jabatan kerajaan seperti SPRM dan sebagainya untuk mereka-reka pertuduhan yang tidak berasas untuk menekan wakil PR yang lemah dan bermasalah.
Dan apabila 'mangsa' bersetuju bersekongkol dengan mereka setelah mendapat habuan , segala pertuduhan liar yang digembar-gemburkan satu Malaya selama ini ditarik balik....
Lain kali, kalau nak pegi haji ke tanah suci Mekah Mukarramah jangan mintak duit dengan pemimpin umno yang kerjanya merompak keringat rakyat miskin melalui kenaikkan cukai barangan yang sebenarnya boleh dikurangkan seandainya benar2 ingin bantu rakyat, kalau tak ini la jadinya....
...pas balik haji, Haji Jamaludin makin bodoh dari sebelum pegi haji....
aduss...hj.sorang ni bengap lah pulak.tak ada lnngsung melambangkan titel hjnya.agaknya dia ambil titel hjnya kat thai kot.perkara memperbodoh macam tu pun nak ditegakkan juga.hanya org yg pendek akalnya saja mudah percaya dgn lakonan dua katak beracun dan grombolan mat mongol tu.pombohongan dah sampai tahap gaban tu.....cheet apa punya hj,bahalul
BalasPadam