Dua Ditahan Ketika Cuba Serah Memorandum Kepada Ketua Biro Kosmo Kedah
ALOR SETAR, 27 Okt (Bernama) -- Dua lelaki termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah Ahmad Yahya ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan haram semasa cuba menghantar memorandum kepada Ketua Biro akhbar Kosmo Kedah Ahmad Syahir Kassim di Bangunan Tunku, di sini Selasa.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab berkata Ahmad dan seorang anggota Exco Dewan Pemuda PAS Kedah itu ditahan selama satu jam untuk diambil keterangan berhubung insiden yang berlaku kira-kira 4.30 petang.
Beliau berkata kedua-dua mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.
"Polis akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana menganjurkan perhimpunan haram tanpa permit dan seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana cuba menghalang penjawat awam menjalankan tugas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Difahamkan, lebih 40 penyokong PAS berkumpul di hadapan Bangunan Tunku di sini, bagi menghantar memorandum sebagai tanda bantahan terhadap penyiaran artikel yang bertajuk 'Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat' yang disiarkan akhbar Kosmo semalam (26 Okt) yang mengaitkan Peristiwa Memali dengan ajaran sesat.
-- BERNAMA
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...