Rabu, Oktober 14, 2009
Kisah Kemuncup | Nizar News
Siapalah penulis ingin bercerita tentang perjuangan. Masalah bangun subuh pun masih tidak mampu untuk di selesaikan sehingga sekarang. Hua.. Walaupun begitu jauh di sudut hati penulis yang lemah ini wujud satu harapan murni ingin melihat Islam gagah berada di puncak dunia satu hari kelak. Amin ya Rab..
Pernahkan pembaca sekalian mendengar istilah kemuncup dalam perjuangan? Atau ada yang tidak faham pun maksud kemuncup itu sendiri. Maksud kemuncup mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi keempat ialah sejenis rumput yang mana nama saintifiknya ialah Chrysopogon Aciculatus. Rumput ini secara mudahnya dikaitkan dengan perkara yang menyusahkan. Perkara yang melecehkan. Perkara yang menggangu atau mengacau berhasilnya sesuatu perkara yang telah di rancang sekian lama.
Maka apabila rumput tersebut dikaitkan dengan perjuangan maka sekaligus pembaca-pembaca akan faham bahawa tafsiran pada sepotong kata kemuncup dalam perjuangan itu membawa maksud sesuatu yang menggangu atau mengacau sekaligus melambatkan proses kejayaan dalam sesebuah perjuangan.
Berjuang untuk apa?? Makna kata berjuang itu luas. Ia bergantung pada tujuan dan niat seseorang yang melakukan perjuangan tersebut. Mungkin berjuang mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran,mungkin juga berjuang mendapatkan wanita yang dikasihi dan sebagainya. Akan tetapi ingin penulis jelaskan di sini bahawa perjuangan yang penulis ingin bincangkan di sini ialah perjuangan dalam memartabatkan islam,perjuangan dalam mengembalikan islam pada zaman kegemilangannnya dahulu,perjuangan dalam memastikan khilafah islamiah dapat di tegakkan semula.
Penulis tidak perlu hipokrit dengan pandangan peribadi penulis bahawa satu badan berorganisasi atau satu parti yang betul-betul memperjuangkan kedaulatan islam di Malaysia ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS). Kata Abu Tayyib Al-Mutanabbi,"Jika kamu seorang yang mempunyai pandangan,maka jadilah juga seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya suatu pandangan itu akan menjadi rosak,hanya kerana kamu berbelah bagi". Oleh kerana itulah pembaca bertegas dengan pandangan yang sudah pembaca yakini betul itu.
Ada juga di bicarakan dalam Kitab Fiqh Ad-Daulah,karangan Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi mengenai mereka yang suka berselindung dengan pandangan politiknya. Sebagai contoh apabila di tanyakan tentang parti mana yang diminati atau parti yang di dokongi soalan itu di jawab dengan mengatakan bahawa dia tidak memihak pada mana-mana. Kononnya ingin berlagak baik. Tidak masuk campur dengan hal politik dan sebagainya. Mengikut Ust. Taib Azamuddin dalam satu ceramahnya di Mesir,golongan sebegini diibaratkan sebagai binatang dalam kitab tersebut. Jika diteliti kembali pun memang betul,seorang manusia yang mampu berfikir dengan baik sepatutnya mempunyai pandangan peribadi sendiri,mampu membezakan secara rasional mana yang benar dan mana yang batil.
Kini di Mesir persatuan induk pelajar-pelajar Malaysia di sini,Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang menaungi kami sedang berusaha untuk menyaingi 'kemuncup-kemuncup' yang wujud di sini seperti Persatuan Nadi UMNO Mesir dan Persatuan ISMA Mesir. Tidak lain tidak bukan tujuannya ialah untuk mengusir pengacau-pengacau tersebut daripada mengganggu perjuangan PMRAM dalam menjaga kebajikan serta memastikan fikrah mahasiswa di Mesir tidak lari daripada kehendak Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Perkembangan terbaru dikatakan kedua-dua persatuan tersebut sudah mengatakan pakatan pula dalam merebut pelajar-pelajar baru daripada PMRAM. Sudah terjadi di sini penyeludupan pelajar-pelajar baru yang mana pelajar-pelajar baru di bawa ke tempat lain tanpa pengetahuan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) sehingga terabai makan minum dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut boleh lawati di sini http://hairulnizammathusain.blogspot.com/ pada post yang bertajuk 'Kenapa Keluarga Penuntut Terengganu Diketepikan. Kenapa Mesti ISMA?'
Penulis amat berharap agar kisah menyayat hati dek kerana 'kemuncup-kemuncup' biadab itu daripada link yang telah penulis berikan dapat pembaca fahami seterusnya di sebarkan pada sahabat-sahabat lain,tidak kira sama ada pembaca adalah mahasiswa Malaysia Yaman,mahasiswa Malaysia Australia atau lain-lain. Penulis mengharapkan doa daripada para pembaca agar mahasiswa-mahasiswa Malaysia baru di sini bebas daripada mereka dan doakan juga agar mereka cepat terkubur dalam ketandusan padang pasir Mesir seperti mana telah terkuburnya umat-umat Mesir yang terdahulu.
http://kalamhuffaz.blogspot.com/
detikdaily
Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...