Isnin, Oktober 05, 2009
Lakonan Filem Tamil | Nizar News
Saya dah lama tak menonton Buletin Utama TV 3. Cuma hari ini tertengok apabila bertandang ke rumah jiran. Kalau semalam Ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mendakwa beliau dipukul oleh penyokong Pas semasa penamaan calon semalam dengan menunjukkan 'merah-merah' di leher dan badannya. Dalam hati saya apabila berita beliau dipukul sebelum ini disiarkan, saya berkata macam mana 'Putera Umno' yang berlagak samseng semasa bertanding di Parlimen Baling dalam pilihanraya umum lalu dan menjadi juara membela mat rempit boleh kena pukul? Saya langsung tak percaya kerana walaupun 'dibelasah' oleh lapan lelaki seperti didakwa beliau masih kelihatan sihat waalafiat seperti yang dirakamkan oleh media dalam sidang akhbarnya semalam.
Naib Presiden Pas, Saudara Shalehudin Ayub menyifatkan Abdul Azeez seorang pembohong kerana sengaja ingin menimbulkan provokasi untuk memberi imej negatif kepada Pas.
Tiba-tiba hari ini dalam Buletin Utama disiarkan Abdul Aziz terbaring di hospital dalam keadaan cukup lemah dan tak bermaya. Ehhh...rupa-rupanya Abdul Azeez mengalami kecederaan serius selepas 24 jam...Mungkin orang yang memukul Abdul Azeez ilmunya hanya mujarab selepas sehari! Hebat betul lakonan! Kalau tak silap saya masa pilihanraya kecil di Terangganu Abdul Azeez turut mengemukakan dakwaan yang sama seperti di Bagan Pinang. Bila keluar berita ni sekali lagi muncul di Bagan Pinang saya nasihatkan agar Abdul Azeez lebih layak bertanding jawatan Ketua Puteri Umno pada pemilihan akan datang.
angkasanuri.blogspot.com
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
kahkahkah
BalasPadamsama macam lakonan anwar aljuburi
TAPI PUAK2 YG MENTEKEDARAH DUIT RAKYAT,PERASUAH,JUAL BANGSA SENDIRI, LELONG BAHASA IBUNDA,POLITIK WANG SANA SINI,GUNA AGAMA UTK SEMAYANG POSA ZAKAT DAN NIKAH KAWIN, ASINGKAN AGAMA DLM PEMERINTAHAN.. MEREKA INI MEMANG BUKAN PELAKON LAGI....TAPI NAJIS!!!
BalasPadamMEREKA INI ORANG YG MULIA & DIKAGUMI DIKALANGAN PENYOKONG MEREKA.TAPI SEBENARNYA MEREKA INILAH PENJENAYAH DI SISI ALLAH.