Jumaat, Oktober 16, 2009
Lelaki kemaruk seks dibelasah
KLANG – Seorang lelaki warganegara Bangladesh yang kemaruk seks cedera dipukul sebelum ditahan polis selepas beberapa minit mencabul seorang peniaga di Jalan Teruntun 3, off Jalan Meru Klang dekat sini, kira-kira jam 12 tengah hari semalam.
Sungguh pun begitu, suspek sedikit pun tidak berasa bersalah dan takut melakukan perbuatan berkenaan apabila dikatakan masih melepak di sebuah kedai tidak jauh daripada kedai milik mangsa beberapa minit selepas mencabul mangsa.
Kejadian berlaku apabila lelaki berusia 36 tahun itu dikatakan memasuki kedai runcit milik mangsa yang berusia 46 tahun itu yang kebetulan berseorangan dengan meluru memeluk mangsa daripada belakang sebelum meraba bahagian atas badan serta mencium mangsa.
Mangsa yang terkejut, terus menjerit memanggil suaminya sebelum mereka keluar dan melihat suspek berada di premis sebelah kedai runcitnya dan berlagak seperti tiada apa yang berlaku.
Geram dengan tindakan suspek yang tidak merasa bersalah dengan kejadian berkenaan, mangsa dan suaminya bertindak memukul suspek dengan kayu dan menahannya sebelum memanggil polis, sejurus itu mangsa membuat laporan di Balai Polis Kapar.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, suspek adalah seorang tukang cuci ditahan pihak polis sejurus mendapat panggilan daripada mangsa yang berjaya menangkap suspek ketika berada di sekitar kedainya selepas kejadian.
“Suspek mendapat kecederaan di kaki akibat dipukul mangsa dan siasatan masih dijalankan terhadap suspek yang turut tinggal di sebuah rumah kedai yang dijadikan asrama tidak jauh dari kedai mangsa.
“Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 354, Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya ketika ditemui di pejabatnya semalam.
sinarharian
Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Memang Padan Muke, ikutkan nafsu sangat. tu padah tu
BalasPadamMalaikat Izrail Melawat Setiap Hari " Click Untuk bacaan Penuh