Isnin, Oktober 12, 2009
Lima mangsa terpedaya urusan pindah wang melalui Internet
KUALA TERENGGANU – Kegiatan penipuan membabitkan urusan pemindahan wang melalui Internet bagi tempoh Jun hingga September lalu berjaya memperdayakan lima mangsanya di negeri ini.
Berdasarkan laporan Biro Aduan Pemuda Gerakan Terengganu, semua kes berkenaan membabitkan pemindahan wang melalui laman web palsu yang menyerupai laman web Maybank2U.com.
Pengerusinya, Datuk Alex Ong Yeok Leng berkata, walaupun sudah banyak laporan media memperkatakan perkara itu, masih ada lagi masyarakat yang tidak peka berhubung sindiket tidak bertanggungjawab berkenaan.
“Tiga daripada kes membabitkan orang Melayu dan dua daripadanya adalah Cina. Walaupun kerugian berlaku dalam nilai yang kecil iaitu kira-kira RM2,000, namun perkara ini amat merugikan dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, dua kes masing-masing berlaku di Kuala Terengganu dan Setiu, sementara satu kes di Dungun membabitkan mangsa berumur antara 25 hingga 40 tahun.
Beliau yang juga Exco Pemuda Gerakan Pusat berkata, mangsa terpedaya dengan mel elektronik ataupun e-mel yang diterima daripada laman web palsu.
Menurutnya, laman web berkenaan yang seolah-olah mesra pengguna dikatakan turut meminta data peribadi termasuk alamat mangsa.
“Lebih malang, laman web terbabit juga menggunakan pelbagai cara untuk memastikan mangsa mendedahkan nombor ‘Tac’ bagi tujuan pemindahan wang. Semua mangsa yang melaporkan kepada kita cepat sedar mereka tertipu apabila mendapati wang hilang tiba-tiba,” katanya.
Sehubungan itu, pihaknya akan menghantar laporan berkenaan kepada pihak bertanggungjawab bagi memastikan orang ramai sedar dengan penipuan sedemikian.
Beliau turut meminta pengguna internet berhati-hati dan memastikan laman web yang dilayari benar-benar menyediakan perkhidmatan sebagaimana diingini.
sinarharian
Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...