Sabtu, Oktober 03, 2009

Mahkamah Benar Siasat Kewarasan Keluarga Teoh Beng Hock



Mahkamah Majistret membenarkan permohonan peguam yang dilantik Peguam Negara Tan Hock Chuan untuk membolehkan dua pakar psikitri menemu bual saksi-saksi bagi mendapatkan gambaran yang berada dalam minda Teoh Beng Hock sebelum kematian mengejutnya.

Suasana menjadi kecoh apabila peguam keluarga Teoh dan peguan Kerajaan Negeri Selangor mempersoalkan permohonan berkenaan.

Bagi meredakan kekecohan berkenaan Koroner Azmil Muntapha Abasa memutuskan supaya skop pengambilan temu bual ke atas mereka dihadkan sebagai bahan bukti yang direkodkan di mahkamah untuk mengelakkan hasil siasatan bercelaru.

Katanya saksi yang terlibat boleh memilih untuk mengambil bahagian dalam sesi temubual berkenaan atau tidak.

Pakar Perunding Psikitri Forensik Hospital Permai Johor Bahru Dr Badi'ah Yahya dan Doktor dari Kementerian Kesihatan Dr Noor Hayati Ali akan mengendalikan sesi temu bual terhadap keluarga Teoh dan beberapa saksi termasuk majikan Beng Hock, Exco Kerajaan Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah.

Peguam Abazafree Abas memaklumkan kepada Peguam Negera, beliau seharusnya mengelurakan surat pemakluman untuk memaklumkan kepada saksi yang terlibat.

Peguam Kerajaan Negeri MAlik Imtiaz Sarwar mempersoalkan keperluan laporan pakar psikitri berkenaan sedangkan sesi pendengaran inkues hampir berakhir.

Peguam mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo meminta kebenaran untuk mencabar laporan pakar psikitri berkenaan.

Kedua-dua pegumam berkenaan mendakwa pandangan pakar berkenaan berkemungkinan berat sebelah berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh saksi SPRM.

Namun Peguam SPRM DAtuk Abdul Razak Musa menytakan laporan pakar berkenaan hanya untuk membantu penemuan koroner.

Ia terpulang kepada Majistret untuk memutuskan sama ada laporan berkenaan memnbantu dalam inkues itu.

tva


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...