Isnin, Oktober 19, 2009

Media Arus Perdana Putar Belit Isu Zaid | Nizar News



Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata media massa arus perdana telah memutarbelitkan cuti enam bulan yang diambil oleh Zaid Ibrahim dari tugas-tugasnya di dalam biro politik parti.

Anwar berkata beberapa perkara mengenai program di Sabah yang dikaitkan dengan Zaid turut diselesaikan tanpa masalah.

Anwar berkata demikian selepas menghaidiri majlis Sambutan Aidilfitri dan Deepavali anjuran Keadilan Wilayah Persekutuan.

"Benda ini tidak berbangkit kerana dia baru telefon saya dari Sarawak bersama Presiden ada program parti. Kemudian dia hendak bercuti menunaikan haji. Program di Sabah itu kerana dianjurkan oleh cabang tanpa negeri. Dua hari lalu negeri bermesyuarat dan mengesahkan sebagai program negeri jadi selesai," katanya.

Di Sabah Zaid mengesahkan bahawa beliau hanya bercuti daripada tugasan biro politik. Selain menunaikan ibadah haji, beliau akan terus memikul tanggungjawab untuk memantapkan Pakatan Rakyat.

Ini sebagai persediaan untuk membentuk sebuah perlembagaan yang didokong oleh ketiga-tiga parti berkenaan iaitu,Keadilan, Pas dan DAP bagi membolehkan ia mendaftar sebagai satu entiti politik.

tvs

Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...