Khamis, Oktober 01, 2009

Mencari Gardenia Jumbo di Seven Eleven | pkfz

Gua balik semula ke kota metropolitan Tg Malim pada hari raya ke tiga.Kenderaan di jalan raya masih belum ramai.Sikit sikit saja.Semua masih ketagih makan tat jem agaknya.Atau mungkin juga mereka belum puas bertanding kereta Myvi siapa paling segak balik beraya?. Gua tak berapa pasti.


Pada hemat gua, pulang ke kota besar ketika orang lain masih duduk di kampung merupakan satu rancangan genius, namun ianya ternyata tidaklah se genius mana pun. Gua mengalami kelaparan nasik putih bersama lauk lauk yang tidak terselesaikan.Sampai tengahari raya ke lima, kedai kedai makan ususal suspects masih kunci dia punya pintu grill, minyak kereta gua susut tanpa sebarang hasil.Gua gagahkan diri melahap bekalan ketupat sambil menangis. Malam tiba, situasi tetap sama.Nampak gaya brader brader Tomyam juga masih seronok makan lemang di Pattani tanpa mengendahkan hati dan perasaan gua di Tg Malim.


"lu beli je lah roti gardenia apa patut dekat seven eleven". - Bini gua membalas sms.Beliau ada bagi cadangan makan nasik putih dengan telur goreng, tapi gua tolak.Itu menu fateem, bukan menu gua. Cadangan membeli lauk di kedai mamak lagi la awal awal gua tolak.Kedai mamak adalah tempat tengok bola, bukan tempat makan nasik.


Gua yang ketika itu sedang melilau mencari sisa sisa kedai Tomyam, dengan separuh hati mem-parking kereta di depan Seven Eleven.Gua cuba berfikiran positif.Roti gardenia kalau gua peralatkan untuk dicicah dengan air milo panas sedap juga.Otak pandai gua memberi ilmu.


Malangkah ke dalam premis Seven Eleven sambil mata melirik ke arah adik manis bertudung pink di kaunter.Kurang manis sebenarnya.Muka dia masam.Gua saspek dia bengang dengan bos sebab tak bagi pakai baju raya pergi kerja. Di dalam seven eleven ketika itu, selain adik kaunter bertudung pink yang bermuka masam, hanya ada gua dan seorang brader mendukung anak kecil yang berumur dalam setahun.Jadi semuanya ada empat orang, seorang dari kami belum mumayyiz.


Brader ni mundar mandir depan kaunter dengan sebelah tangan berisi junk food, sebelah tangan lagi dukung anak.Riak wajah menunjukkan beliau masih mencari barang lain yang hendak dibeli tapi tak jumpa.Gua perhatikan umur brader ni macam sebaya gua.Muka beliau masih berbekas air sembahyang isya'.Cara berpakaian segak dengan seluar slack lembut pergi kerja bersama baju melayu butang penuh.Ilmu firasat gua memberitahu, beliau tak pernah ponteng kapur kasut masa sekolah rendah, atau kena tulis nama dengan pengawas, hatta kantoi spot check lepas perhimpunan pun konfem beliau tak pernah. Aura akedemik makam tinggi yang memenuhi ruang seven eleven juga menguatkan lagi hujah gua, kerana pastinya aura tersebut milik brader seluar slack lembut, bukan milik gua.Adik kaunter pun bukan.


Gua menuju ke rak roti roti yang lokasinya tak berapa jauh dari kaunter.Terdapat bermacam jenis gaya roti di situ dan separuh dari mereka sudah expired. Fokus gua terarah pada roti gardenia jumbo saiz.Nama saja jumbo saiz, tapi saiz roti dia lagi kecik daripada gardenia saiz biasa.Gua tak berapa berkira, sebab roti gardenia jumbo yang kecik tampak seksi serta lebih lazat dikunyah.


Sedang gua meng-inspect tarikh luput, gua terdengar adik kaunter berkata sesuatu pada brader sebentar tadi yang sudah tercegat di depan kaunter.


"Kami takde jual stoken bang" - amat jelas gua dengar pernyataan adik kaunter.


Gua yang cepat kurious, memiliki daya refleksi tinggi, serta berpewatakan hensem...memasang telinga sambil mata curi curi usha. Konfius juga gua bila ada orang nak beli stoken di Seven Eleven.Ini memang rare.


"Belakang awak tu bukan stoken?" - dalam dengar tak dengar, gua tangkap butir butir pertuturan brader akedemik berseluar slack lembut kepada adik kaunter.


Deria pendengaran saja belum cukup memberi maklumat lengkap.Gua terpaksa mendapatkan sokongan dari deria penglihatan. Gua toleh pandang kaver kaver.


"Yang mana satu stokennye bang?" - Adik kaunter pusing belakang meminta kepastian binatang apakah yang disifatkan sebagai stoken oleh brader berkenaan.



"Hah dalam kotak hijau tu..stoken lah tu..Bagi satu" - lancar saja arahan beliau pada adik kaunter.


*****
Selesai brader tersebut berurusan, gua pulak berdiri depan kaunter. Dalam tangan dah genggam kemas gardenia jumbo saiz. Gua cuba mengawal diri supaya tak ketawa macam orang gila. Gua cuma kontrol sengih yang dah masuk kategori ketawa sunat.


Cilake, adik kaunter yang tadi muka tensen pun gua tengok sengih juga macam gua!!


Tiada perbualan antara kami.masing masing bersikap professional.Lepas bayar gua blah.


Dalam kereta.Gua bantai gelak sampai barai.


NOTAKAKI:
"Woii brader..binatang dalam kotak hijau tu nama dia KONDOM la!!!, KONDOOOMM!!, bukan stoken bai...stoken tu pakai kat kepala kaki!,K.E.P.A.L.A K.A.K.I paham??,lu punya berkias macam lahanat punya misleading!,sapa ajar ni?, jenis takde agak agak langsung...

fdausamad


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. tak habis baco sey dah tahu apo yg di maksud kan stoken tu,,,,,,, hahahahahah ekau pun sesekali elok pakai stoken tu hahahahahhaha!!!!!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...