Khamis, Oktober 08, 2009
Nelayan dapat 5000 kg ikan pulut ketam dalam 2 jam
BACHOK – Penduduk di Kampung Pantai Senok dekat sini gempar apabila seorang nelayan di kawasan itu berjaya menangkap lebih 5,000 kilogram (5 tan) ikan pulut ketam dengan anggaran harga RM37,000 dalam masa tidak sampai dua jam turun ke laut.
Nelayan terbabit, Che Lah Che Muda, 41, berkata, inilah kali pertama dalam sejarah hidupnya sepanjang 10 tahun menjadi nelayan berjaya mendapatkan hasil tangkapan sebanyak itu.
“Saya memang terkejut melihat hasil tangkapan yang kami perolehi. Ia memang luar biasa. Sebelum ini hasil tangkapan yang paling banyak diperoleh lebih kurang 1,000 kilogram sahaja.
“Tetapi hari ini (sema-lam) hasilnya cukup lumayan apabila kesemua ikan yang saya peroleh itu adalah ikan pulut ketam yang anggaran berat seekor lebih kurang empat sehingga tujuh kilogram,” katanya ketika ditemui di jeti Pantai Senok, malam kelmarin.
Che Lah berkata, dia bersama tiga lagi rakannya turun ke laut dengan menggunakan dua buah bot kecil kira-kira jam 5 petang.
“Kami turunkan pukat kira-kira 500 meter dari daratan. Lebih kurang satu jam kami dah dapat ikan yang cukup banyak. Ia membuatkan kami terpaksa memanggil bot yang lebih besar untuk membantu mengangkat ikan-ikan ini,” katanya.
Menurutnya, bot besar itu dibantu oleh lapan orang awak-awak dan ia mengambil masa lebih dua jam untuk menarik ikan-ikan tersebut.
“Kami menghadapi masalah untuk mengangkat ikan-ikan ini kerana terlalu banyak. Ia juga menyebabkan dua kali mesin mengangkat ikan itu patah,” katanya menceritakan pengalaman menarik ikan-ikan itu ke dalam bot.
sinarharian
Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...