Ahad, Oktober 11, 2009

Pakatan mampu tawan Bagan Pinang | Nizar News



Pakatan Rakyat mampu membuat kejutan dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang hari ini bersandarkan kepada hasil culaan yang dijalankan oleh PKR di semua daerah mengundi.

Ia termasuk culaan di kawasan majoriti Melayu, India (estet) dan Cina, kata ahli parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh.

Fauziah mengetuai jawatankuasa strategi dan culaan PKR untuk pilihanraya Kecil tersebut.

Menurut Fuziah, beliau bersama-sama jenteranya telah menjalankan culaan di semua lapan daerah mengundi termasuk kawasan majoriti Melayu, India (estet) dan Cina.

Hasilnya, kata beliau, Umno mendahului dengan majoriti tipis iaitu 51 peratus berbanding dengan 49 peratus untuk calon PAS.

"Maka saya optimis bahawa Pakatan Rakyat mampu merapatkan jurang yang tipis tersebut dan ada kemungkinan kita boleh melakukan kejutan dengan menumbangkan calon BN," katanya kepada Malaysiakini.

Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang hari ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS, Zulkefly Mohd Omar.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 September lepas. Beliau memenangi kerusi tersebut, dengan menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Hari ini, 13,664 pengundi di Bagan Pinang, termasuk lebih 4,000 pengundi pos, akan menentukan siapa yang bakal menjadi sebagai wakil mereka. Pengundian akan bermula jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

"Bagaimanapun saya berharap pengundi protes yang membantah pencalonan Tan Sri Isa sebagai calon BN, akan memberikan undi tersebut kepada calon PAS", kata Fuziah.

Fuziah juga memberitahu bahawa keputusan culaan itu tidak mengambil kira undi pos.

"Untuk bermain dalam zon selamat, saya meletakkan situasi "worse case scenario" seolah-olah calon PR tidak mendapat sebarang undi pos.

"Maka jika keputusan culaan ini kekal dan tidak banyak berubah sehingga tamat masa mengundi, maka saya yakin kita akan merampas kerusi Bagan Pinang kerana pada ketika itu sudah pasti calon kita akan mendapat undi pos walaupun tidak tahu berapa angkanya,” katanya.

malaysiakini


Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...