Selasa, Oktober 20, 2009

Pakatan Rakyat Kedah melepasi tempoh percubaan | Nizar News




Oleh Mohd Shubihi Muhamad Zain

Perubahan lanskap politik negara 8 Mac tahun lalu menyaksikan Kedah yang diterajui Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menjadi antara negeri yang paling awal terbentuknya kerajaan Pakatan Rakyat dan yang paling lambat dilanda 'ombak jahat' jika dibandingkan dengan negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain. Berbekalkan majoriti 8 kerusi di Dewan Undangan Negeri pada permulaannya, Pakatan Rakyat Kedah terus melangkah megah merentasi ranjau-ranjau di sepanjang jalan.

Sejurus diberi mandat mentadbir Kedah, Azizan terus mengumumkan pembatalan projek Zon Industri Petroleum Yan yang melibatkan pengambilan 3000 hektar tanah sawah di kawasan yang diwakilinya.

Sebagai alternatifnya, beliau mengarahkan projek itu dibuat tanpa menggugat tanah sawah di negeri jelapang padi dan dikenali Sungai Limau Hidrocarbon Hub (SULIHH). Kejayaan projek ini bakal memberikan pulangan kepada negeri dianggarkan berjumlah RM400 juta setahun.

Krisis beras dan makanan yang melanda negara selepas itu menyerlahkan lagi kepintaran Azizan dan mengangkatnya sebaris dengan pemimpin lain yang berpandangan jauh.

Azizan berterusan menggembirakan rakyat negeri Kedah apabila mengumumkan penurunan cukai tanah dan cukai pintu di negeri itu.

Keputusan menurunkan 25% hingga 75% cukai tersebut mengakibatkan negeri kehilangan pendapatan tahunan berjumlah lebih RM50 juta. Namun, kehilangan tadi dapat diyakini dapat ditampung apabila kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka melibatkan pengurusan hasil hutan dan projek-projek kerajaan negeri.

Sikap berbelanja secara berhemah yang diamalkan dan ketelusan pentadbiran kerajaan meyakinkan rakyat negeri itu terhadap pemerintahan Azizan.

Kedah terus mengorak langkah memperkasakan sektor pertanian di negeri itu sejajar dengan hasratnya menjadi 'Belanda Malaysia' apabila memperkenalkan projek-projek pertanian, penternakan, perikanan dan akuakultur yang dibuka penyertaannya kepada rakyat di negeri itu.

Syarikat milik kerajaan negeri yang terlibat secara langsung dengan sektor ini diarah membantu peserta projek. Sehingga kini Kedah telah berjaya melahirkan ramai usahawan tani yang berjaya.

Diawal pemerintahannya tidak banyak perubahan drastik yang boleh dilakukan kerana kekurangan hasil maksum negeri. Namun begitu, Kedah masih mampu membuat beberapa pembaharuan lain demi kebajikan rakyat yang menjadi agenda utama kerajaan negeri.

Namun dalam suasana aman itu, Kedah tetap tidak terlepas daripada gegaran 'ombak jahat' apabila kerajaan negeri mengumumkan kenaikan kuota bumiputera bagi pemilikan rumah di negeri itu demi keharmonian rakyatnya.

Polisi 50-50 yang diutarakan telah diputar belitkan pihak lawan yang iri hati dengan kejayaan kerajaan negeri hingga menimbulkan salah faham yang membangkitkan ketidakpuasan hati rakyat bukan bumiputera.

Slot-slot penerangan dan dailog dianjurkan bagi menangani isu yang dibangkitkan dan rakyat dapat memahami dan menerima perubahan yang dicadangkan. Akhirnya keamanan dapat dikecapi semula rakyat di negeri Kedah.

Gegaran berikutnya berlaku ketika kerajaan Pakatan Rakyat Perak baru digulingkan. Kecoh seketika kerajaan negeri apabila sebahagian daripada adun-adunnya ditawarkan habuan lumayan untuk meninggalkan parti dan menyertai Barisan Nasional.

Adun-adun itu diugut dan diancam keselamatan mereka apabila menolak habuan yang ditawarkan. Ada yang terpaksa melepaskan jawatan dan dihilangkan seketika akibat ugutan terlampau pihak musuh.

Keputusan pilihan raya kecil di Bukit Selambau yang memihak kepada Pakatan Rakyat meredakan seketika haru biru di negeri Kedah. Ada wakil rakyat yang telah termakan imbuhan bertindak meninggalkan parti di ketika pilihan raya kecil Permatang Pasir sedang berlangsung.

Namun tindakan khianat itu tidak sedikit pun menjejaskan keutuhan kerajaan negeri walaupun berbaki 21 kerusi di Dewan Undangan Negeri Kedah.

Isu rumah penyembelihan babi di Alor Setar seolah-olah mampu menumbangkan kerajaan negeri Kedah ketika itu. Penarikan diri wakil rakyat DAP dari Pakatan Rakyat Kedah menggemparkan negara dan menjadi topik utama perbahasan rakyat.

Pihak lawan tidak berhenti-henti mengadu domba dan memutar belitkan realiti sebenar isu kaum ini. Namun, tindakan segera pimpinan atasan Pakatan Rakyat menyelamatkan situasi dan membawa kemasukan semula wakil rakyat DAP dalam Pakatan Rakyat Kedah.

Kini, kerajaan Pakatan Rakyat Kedah telah melepasi tempoh percubaan 500 hari pemerintahannya di negeri itu. Satu perhimpunan besar yang dihadiri pemimpin-pemimpin tertinggi ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat dan puluhan ribu rakyat negeri Kedah yang berbangga dengan kejayaan yang dikecapi.

Dalam majlis itu, kerajaan negeri mengumumkan akan memberi fokus kepada permohonan tanah rakyat. Perkhabaran itu sudah pasti menggembirakan majoriti rakyat yang masih menumpang di atas tanah kerajaan.

Perjalanan makin jauh dan ranjau makin berduri, namun semuanya perlu dilalui bagi proses mematangkan kerajaan negeri. Sebarang kecuaian akan membawa padah dan boleh mengakibatkan tumbangnya sebuah kerajaan mengamalkan ketelusan pentadbiran dan bebas dari sebarang penyelewengan.

detikdaily


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...