Selasa, Oktober 06, 2009

Pemilik DNA Sudah Meninggal Dunia - Inkues Teoh Beng Hock



Inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu bahawa sample DNA lelaki misteri yang ditemui pada blazer dan tali pinggang mendiang Teoh disahkan adalah milik mayat seorang lelaki Gopala Muniam.

Perkara ini disahkan oleh, ahli kimia, Dr Seah Lay Hong yang merupakan saksi ke 9, beliau menjelaskan perkara itu milik Gopala yang telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Dr Seah yang dipanggil semula memberi keterangan dalam inkues tersebut berkata pemindahan DNA itu mungkin berlaku ketika bedah siasat ke atas Teoh dilakukan di Hospital Klang dalam keadaan yang sesak.

Gopala mati dalam satu kemalangan jalan raya dan DNAnya ditemui pada blazer Teoh.
Bagaimanapun, terdapat satu lagi kesan DNA yang ditemui pada talipinggang Teolh tetapi belum dapat dikenalpasti.

Dr Seah memberitahu mahkamah bahawa beliau diminta menjalankan bedah siasat ke atas dua mayat, sebelum mayat Teoh, pada hari tersebut di hospital berkenaan.
Beliau memberitahu perkara itu berlaku melalui pencemaran akibat meja pembedahan yang tidak distrill dengan baik.

Seorang lagi mayat adalah L Jeganathan, yang juga mati akibat cedera parah di bahagian kepala akibat kemalangan jalan raya namun Dr Seah berkata, ujian menunjukan DNAnya tidak sama dengan DNA yang ditemui pada bahagian talipinggang Teoh yang terkoyak.

DNA Gopala dikenalpasti selepas Dr Seah melakukan siasatan kali ketiga kerana dua siasatan sebelum itu, gagal mengenal pasti pemilik DNA berkenaan pada talipinggang dan blazer tersebut.

Dalam siasatannya itu, Dr Seah menganalisa profail DNA 157 individu sebagai perbandingan, dan mereka terdiri daripada 14 pegawai dari Jabatan Patologi Forensik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Kuala Lumpur.

Turut diuji ialah 49 pegawai polis, 81 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua pekerja pencuci, lapan kakitangan penyelenggaran dan seorang anggota keselamatan, serta tiga saksi.

Dua siasatan pertama gagal mengesan pemilik DNA yang ditanda sebagai 'Lelaki 1'.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di sini, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan dakwaan salah guna dana peruntukan kerajaan Negeri.

tvs


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama7/10/09 8:53 PG

    DNA tu kan milik timbalan pengarah sprm selangor...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...