Rabu, Oktober 07, 2009
PENGUNDI POS TENTUKAN PEMENANG | Nizar News
Berbanding dengan kawasan-kawasan lain keputusan Pilihanraya Kecil yang terletak didalam lingkungan Bandar Tentera Darat ini sudah pasti bakal ditentukan oleh pengundi-pengundi pos. Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah menetapkan dua hari iaitu pada 8hb. dan 9hb. Oktober, 2009 bagi masyarakat tentera dan mereka-mereka (pengundi) yang bertugas mengendali pilihanraya kecil Bagan Pinang membuang undi.
Kita semua faham sebilangan besar pengundi pos tidak berpeluang menilai calun PAS kerana kempen-kempen dalam pilihanraya ini tidak dibenar (kawasan larangan) didalam Kem Tentera. Bagi Menteri-Menteri lainlah, walaupun mereka hadir dalam acara-acara resmi didalam kawasan tentera atas kapasiti jawatan kabinet mereka juga adalah pemimpin-pemimpin UMNO. Calun merekapun berpeluang juga menunjuk muka semasa mengiringi Pak-Pak Menteri tersebut.
Satu-satunya ruang yang ada untuk Pakatan Rakyat berinteraksi hanyalah melalui Internet seperti Blog dan SMS sahaja. Itupun bukan semua pengundi pos ada “access”. Walapun tidak berpeluang mendengar ceramah, tidak dibekal “hand-bill” dan risalah serta tidak juga dirayu dari rumah kerumah kita percaya Pengundi dizaman serba canggih ini sudah dapat menilai apa yang terbaik untuk rakyat.
Penulis mengucapkan selamat MENGUNDI DULU kepada Pengundi-Pengundi Pos diDUN Bagan Pinang. Jangan sia-siakan kuasa yang ada ditangan tuan-tuan dan puan-puan itu.
Akhir sekali oleh kerana Pilihanraya ini berlaku diNegeri Sembilan saya tidak mahu ketinggalan dalam berpantun:
BANDAR TENTERA DARAT TERLETAK DIPORT DICKSON
TENTERA LAUT PULA BERADA DI LUMUT
PARA PENGUNDI POS JANGANLAH RUNGSING
BUAT PILIHAN TEPAT JANGAN ADA RASA TAKUT
ahmadzawawi
Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...