Khamis, Oktober 01, 2009

SPR Hairan Dengan PR | Nizar News



PORT DICKSON – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP memasang bahan kempen mereka bersama Pas sepanjang tempoh berkempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, hanya parti yang bertanding pada pilihan raya kecil itu saja yang dibenarkan untuk mengibarkan bendera, logo serta gambar pemimpin mereka.

Menurutnya, SPR hanya mengiktiraf parti yang bertanding iaitu Pas dan Barisan Nasional (BN) serta Bebas sekiranya ada, dan bukannya gabungan Pakatan Rakyat (PR) kerana ia tidak didaftarkan.

“BN mempunyai 14 parti gabungan dan mereka berdaftar. Tetapi pakatan pembangkang ini tidak berdaftar. Jadi ini bermakna, parti DAP dan PKR tidak boleh memasang bahan kempen bersama Pas.

“Dalam istilah SPR, kita hanya mengiktiraf parti atau gabungan yang berdaftar. Bagi pakatan pembangkang ini, mereka tidak berdaftar. Saya pun hairan mengapa mereka tidak berdaftar,” katanya.

Katanya, kalau media hendak sebut nama pakatan rakyat, itu hak media tetapi ‘legally speaking’ ia tidak wujud kerana yang wujud hanya pakatan pembangkang, bukan PR.

Wan Ahmad memberi amaran kepada mana-mana parti politik yang tidak bertanding supaya tidak mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang tempoh berkempen.

“Kita mahu parti yang tidak bertanding janganlah menyusahkan SPR dan pihak keselamatan. Jangan cuba melanggar undang-undang” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada Pegawai Pengurus, Penolong Pegawai Pengurus dan petugas SPR di Hotel Corus Paradise, dekat sini, semalam.

Menurutnya, SPR telah menubuhkan tiga pasukan penguat kuasa kempen yang akan menasihatkan wakil parti supaya memberi kerjasama dalam aspek berkenaan.

“Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, petugas SPR sendiri akan mengambil tindakan,” katanya.

Dalam pada itu, SPR semalam mengumumkan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Abdul Wahab Shamsuddin sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang.

Katanya, seramai 277 petugas SPR akan terlibat sepanjang pilihan raya kecil itu.

Mengenai undi pos yang membabitkan 4,604 undi, Wan Ahmad berkata, lapan kem akan digunakan untuk tujuan pembuangan undi dan antaranya ialah Kem Sunggala, Kem Si Rusa dan Kem Kampung Sawah.

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

3 ulasan:

  1. buat ape yg patut SPR janji BN menang

    BalasPadam
  2. Adakah BN berdaftar. Jika BN berdaftar kenapa tidak didengari yang BN mengadakan mesyuarat agong. Setahu saya dan seluruh rakyat malaysia setiap pertubuhan di negara ini hendaklah mengadakan mesyuarat agong (AGM) setiap tahun dan memajukan penyata kewangan masing2 kepada ROS. Tetapi sepanjang saya hidup di mukabumi Allah swt tak pernah dengan BN adakan AGM. BN berdaftar sebagai apa.....syarikat jualan langsung kaa.

    BalasPadam
  3. Tumpang Sekaki7/10/09 3:14 PG

    Hello Che'Wea Mad.
    Kalau dah bodoh jangan bercakap.
    Kalau dah malas jangan cari kerja.
    Kalau tak ada otak jangan berfikir.
    Duduk Diamdiam lagi bagus.
    Sila Dengaq kawe nak ghoyak kat demo.
    DiNegeri yang BN memerintah PR adalah Pembangkang.
    DiNegeri yang PR memerentah BN adalah Pembangkang.
    Jadi dalam kes macam ini 2x5 samajugak 5x2
    Kepala nampak ceredik. Tapi otak zaman P.Ramlee.
    Siasia bayaq gaji mahaimahai.
    Tak lama lagi dengan hanghang kami tukaq.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...