Isnin, Oktober 26, 2009
Stoner Menang MotoGP Malaysia,Rossi Juara Dunia | Nizar News
Syabas buat member gua Rossi !!!
SEPANG, 25 Okt (Bernama) -- Walaupun menduduki tangga ketiga dalam perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2009, Valentino Rossi daripada Pasukan Fiat Yamaha berjaya memenangi Kejuaraan MotoGP Dunia.
Dalam perlumbaan yang tertunda disebabkan hujan lebat di Litar Sepang, Rossi mencatatkan masa 47 minit dan 44.219 saat, 19.385 saat di belakang Casey Stoner daripada pasukan Ducati Marlboro, yang memenangi kejuaraan MotoGP Malaysia kali ini.
Rossi gembira dengan kejayaannya bergelar juara dunia walaupun masih lagi mempunyai satu lagi perlumbaan untuk musim ini. Pusingan akhir perlumbaan 2009 akan diadakan di Valencia, Sepanyol, 8 Nov ini.
"Masih ada satu lagi pusingan, saya telah dinobatkan sebagai juara dunia. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua di atas kejayaan ini. Kami melakukan perlumbaan hebat di sini.
"Malangnya cuaca buruk. Saya tidak berapa baik pada pusingan pertama terutama pada selekoh pertama. Semua pelumba menghadapi tempo yang sama dan situasi adalah sangat rumit.
"Saya harus memastikan saya tidak membuat sebarang kesilapan. Saya harus memahami keadaan litar dengan pantas. Selalunya, semasa ujian dalam keadaan hujan, kami memerlukan masa sejam untuk mengendalikan keadaan itu," kata pelumba Itali berusia 30 tahun ini pada sidang media selepas perlumbaan itu.
Dengan mengutip 286 mata selepas perlumbaan ini, Rossi memenangi kejuaraan Dunia MotoGP ketujuhnya.
Perlumbaan bermula dengan keadaan litar yang lembap selepas tertunda 35 minit akibat hujan lebat.
Rossi yang bermula di petak pertama perlumbaan tertinggal di tempat kelapan sebelum beliau berjaya memintas dan menamatkan perlumbaan pada tempat ketiga.
Sementara itu, selepas memenangi dua perlawanan berturut-turut, kejayaan Stoner adalah sangat mengkagumkan dengan catatan jarak masa 14.666 saat.
"Ia adalah satu lagi perlumbaan aneh. Kami banyak kali menjalani latihan dalam keadaan hujan dan ia sangat berguna. Selepas pusingan pertama, saya mula rasa selesa dengan keadaan litar. Keadaan litar yang lembap kering dengan cepat dan saya meneruskan perlumbaan.
"Saya tidak menyangka dapat meninggalkan pesaing saya dengan jarak sedemikian. Saya gembira dengan perlumbaan ini. Saya tidak sabar menanti perlumbaan di Valencia," kata Stoner.
Stoner, yang baru saja memenangi perlumbaan di Phillip Island, Australia, memintas Pedrosa dan terus mengekalkan kedudukan di tempat pertama. Beliau mencatatkan masa 47:24:834 saat sementara Pedrosa memenangi tempat kedua dengan perbezaan masa 14.666 saat.
-- BERNAMA
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...