Sabtu, Oktober 31, 2009
Temerloh ‘bandar pukau‘ | Nizar News
Orang ramai penghuni Temerloh bandar ikan patin kian bimbang dengan kejadian pukau yang yang makin berleluasa kini terutama di pasar-pasar raya dan Pekan Sari Temerloh yang dipercayai didalangi warga asing.
Justeru penduduk di sini bertekad meminta supaya pihak berkuasa mengetatkan kawalan di lokasi-lokasi sasaran kerana khuatir kegiatan ilmu hitam pukau itu bakal menakutkan orang ramai sekali gus memburukkan identiti bandar ini.
Seorang penduduk yang ditemui berkata, kejadian itu pernah berlaku ke atas ibu saudaranya baru-baru ini ketika leka membeli barangan dapur di pekan sari Temerloh.
Menurutnya, akibat dipukau, ibu saudaranya kehilangan wang ratusan ringgit termasuk barang kemas seperti rantai, gelang dan cincin bernilai ribuan ringgit.
“Kes ini dipercayai dilakukan oleh seorang wanita dan dua lelaki warga asing yang menggunakan taktik melanggar dan memukau mangsa hingga menyerahkan segala barang berharga yang ada ketika itu.
“Perkara ini kian menjadi-jadi apabila saya mendapat berita minggu lalu, lima wanita menjadi mangsa pukau di sebuah pasar raya di Mentakab. Namun semua mangsa enggan membuat laporan polis kerana malu,” katanya kepada pemberita.
Seorang penuntut IPT pula berkata, dia berasa bimbang dengan kejadian seumpama ini dan berharap mereka yang tidak bertanggungjawab itu segera ditangkap dan dihukum.
Menurutnya, orang ramai diharap lebih berhati-hati dan tidak membawa banyak wang serta barangan berharga ketika ke tempat tumpuan ramai seperti pekan sari dan pasar raya.
Katanya, golongan wanita perlu lebih berwaspada kerana mereka menjadi tumpuan utama kumpulan pukau kerana wanita mempunyai barangan kemas yang berharga.
“Pihak berkuasa perlu memantau di kawasan ini supaya keselamatan orang ramai terjamin dan dapat mengatasi masalah pukau ini.
“Mangsa yang dipukau perlu segera membuat laporan polis supaya polis dapat mengecam wajah suspek dan memberkas penjenayah itu. Orang ramai juga perlu bekerjasama dengan polis sekiranya mempunyai maklumat mengenai penjenayah itu,” katanya.
Sementara itu, orang ramai berpendapat gejala ini perlu dibendung segera agar kejadian buruk dan menakutkan tidak berlaku lebih banyak dan pihak berkuasa tidak sepatutnya ‘memejamkan mata’ demi keselamatan rakyat jelata.
sidangonline
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...