Ahad, Oktober 18, 2009

Ulat Parking Kaki Pow | Nizar News



Bayaran cecah RM20!

PEMILIK kenderaan ditekan keterlaluan apabila ada ulat parkir yang mengenakan bayaran terlampau sehingga mencecah RM20!

Lebih mengecewakan tempat letak kereta yang disediakan DBKL adalah percuma selepas tamat tempoh perkhidmatannya pada siang hari, digunakan ulat parkir ini meraih keuntungan mencecah ratusan ringgit semalaman.

Penguasa di Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan (JKKP) DBKL, Osman Ismail mendedahkan, kelicikan dan kerakusan ulat parkir ini bukan perkara baru di sekitar Kuala Lumpur.

“Di sesetengah lokasi, kadar bayaran begitu tinggi sehingga ada yang mencecah RM20! Biasanya kadar bayaran itu mengikut kawasan elit dan kenderaan mewah yang mereka gunakan.

“Lebih mengecewakan kita apabila ada ulat parkir yang begitu berani mengugut pemilik yang enggan membayar dengan mencalarkan kenderaan,” kata Osman ketika ditemui dalam Ops Jaga yang dilakukan pihak DBKL baru-baru ini.

Dalam operasi Ops Jaga yang dikepalai Ketua Unit Bantuan Khas, JKKP DBKL, Ketua Inspektor Azmin Ali, seramai sembilan orang berjaya ditahan di sekitar bandar raya.

Osman berkata, DBKL sentiasa memantau isu masalah sosial ini di mana operasi Ops Jaga dilakukan dua kali dalam seminggu dengan tumpuan diberikan ke kawasan-kawasan panas.

“Sehingga September 2009, kira-kira 338 ulat parkir haram telah ditangkap di bawa Seksyen 50 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dihantar ke lokap polis di Bukit Jalil sebelum dihadapkan ke Mahkamah Majisret DBKL.

“Jika disabit kesalahan akan didenda RM2,000 dan penjara selama enam bulan bergantung kepada keputusan mahkamah,” katanya.

Walaupun ada tangkapan dalam setiap operasi yang dilakukan, namun itu bukan menjamin kawasan terbabit bebas daripada ulat parkir.

Ini kerana, dalam tempoh masa tertentu kawasan itu akan diisi pula oleh ulat parkir lain yang biasanya terdiri daripada penagih dadah, pemegang kad UNCHR dan remaja bawah umur.

“Individu yang melakukan kegiatan ini biasanya tidak mempunyai pekerjaan akibat penagihan dadah selain ingin mendapatkan duit dengan cara yang mudah tanpa mengeluarkan sebarang modal tunai,” katanya.

Berdasarkan statistik 2009, kira-kira 2.5 juta kenderaan yang masuk ke Kuala Lumpur setiap hari dan jumlah besar itu adalah salah satu penyumbang kepada kegiatan ulat parkir semakin berleluasa.

“Antara faktor lain yang mendorong gejala ini adalah sikap pengguna yang enggan bersusah payah untuk mendapatkan parkir berbayar yang lebih jauh sedikit daripada tempat atau kedai yang hendak dituju. Kalau boleh mereka ini mahu meletakkan kenderaan betul-betul di hadapan kedai.

“Selain itu, kita tak nafikan ada kadar bayaran di tempat letak kereta berbayar milik swasta meletakkan bayaran yang agak tinggi juga menyebabkan ada pengguna yang lebih ‘selesa’ dan jimat menggunakan khidmat ulat parkir ini,” katanya lagi.

Justeru, dalam menangani masalah ini, DBKL tetap akan terus komited melakukan pembanterasan di samping mengharapkan kesedaran orang ramai untuk bersama-sama menanganinya.

sinarharian


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...