Ahad, Oktober 11, 2009

Umno Takdak Modai,Gambaq 2004 Jadi Bahan | Nizar News



UMNO BN TUNJUK BAIK,KONONNYA SAYANG SANGAT DENGAN NIK AZIZ...kah kah kah..
TU LA DULU HANGPA DOK KUTUK ORANG TUA TU..LANIE HANGPA AMBIK OBAT LA!!!

Umno dibidas politikkan foto PM ziarah MB K'tan

Pembangkang hari ini membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sanggup membiarkan Umno menaikkan papan tanda yang menunjukkan beliau menziarah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menteri besar Kelantan itu sedang dirawat di hospital sebagai bahan kempen di Bagan Pinang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno sanggup berbuat demikian untuk memainkan sentimen rakyat bagi menunjukkan bahawa Najib adalah seorang yang baik.

Anwar yang juga ketua umum PKR dan ahli parlimen Permatang Pauh berkata, ia merupakan sesuatu yang peribadi, dan tidak seharusnya dijadikan bahan kempen.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Najib sekiranya mahu menunjukan perwatakan yang baik supaya jangan zalim pada rakyat, jangan memfitnah, bekerja kuat bantu rakyat miskini dan tidak jangan gunakan gambar lawatan ke hospital untuk kepentingan politik.

Malaysiakini melaporkan Khamis lallu bahawa Umno dan BN telah memasang papan tanda baru yang menunjukkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menziarahi Nik Aziz di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Krian, sekitar July 2004, ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri.

malaysiakini

Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...