Selasa, Oktober 13, 2009

Zambry Nak Sedapkan Hati Ke?



Yakin pulak dah...

MB yakin Pakatan hadir sidang DUN

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau yakin ADUN Perak daripada kalangan pembangkang akan menghadiri persidangan dewan itu yang akan diadakan tidak lama lagi bagi pembentangan Bajet 2010.

Menurutnya, pakatan pembangkang sedang berusaha menjustifikasi kehadiran mereka dengan menyatakan akan hadir jika bekas Speaker V Sivakumar yang mengeluarkan notis mesyuarat dan bukan notis daripada Speaker Datuk R Ganesan.

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang juga ADUN Sitiawan semalam menyatakan ADUN pembangkang tidak akan menghadiri sidang kecuali jika notis dikeluarkan oleh Sivakumar.

Bercakap kepada pemberita di Ipoh hari ini, Zambry berkata kenyataan itu dibuat kerana pembangkang terpaksa menanggung malu kerana sebelum ini pernah mengumumkan akan memboikot sidang.

"Mereka kini hendak mencari jalan untuk justifikasi kehadiran... dulu cakap tak mahu hadir, kini hendak hadir jika Sivakumar yang keluarkan notis.

"(Selepas ini) mereka akan sebut kami datang kerana dipanggil oleh Sivakumar," katanya mengulas kenyataan Ngeh.

Zambry berkata notis memanggil mesyuarat itu akan dikeluarkan oleh Ganesan dalam tempoh 14 hari selepas mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

"Kita mengadakan sidang mengikut prosedur dan peraturan dan tidak akan memanggil sewenang-wenangnya," katanya.

Mengulas kemungkinan timbul kekecohan dan pembangkang dikatakan akan turut membentangkan bajet sendiri, beliau berkata kerajaan negeri sedia menghadapi sebarang tindakan pembangkang dan akan berusaha memastikan persidangan berjalan lancar mengikut peraturan.

"Soal mereka nak buat apa terpulanglah, kita tidak kisah... budaya (kecoh) berkenaan sudah dimulakan oleh pembangkang dan akibatnya kini wujud suasana seperti itu.

Bagi BN kita sentiasa menghormati susila dan lunas perundangan," kata Zambry.

BN dan pembangkang masing-masing mempunyai 28 wakil dalam DUN Perak tetapi BN membentuk kerajaan kerana tiga ADUN bebas yang menyokongnya. BERNAMA


Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...