Salam 2 all.
Saya tertarik dengan lapuran didalam Berita Harian hari ini Selasa 15 Zulqaedah 1430/ 03 Nov 2009 yang menceritakan kisah satu keluarga di Kg. Carok Meranti yang menghadapi masalah api misteri dirumah mereka. Saya sendiri pernah menziarahi keluarga ini beberapa bulan lepas. Dan saya telah memaklumkan kepada pihak TV3 yang telah menyiarkan kisah yang sama dalam segmen Misteri Nusantara (kalau tak silap saya) beberapa bula lepas.
Memang pelik keluarga ini. Api muncul dengan tiba-tiba dan ditempat yang pelik! Contohnya si anak perempuan dalam perjalanan ke sekolah tetiba stokinnya terbakar, sedang kasutnya tidak. Ataupun baju dalamnya terbakar tetiba, tetapi bajunya tidak. Motor tuannya iaitu Sidek terbakar dihujung seat depan, tapi motor tak terbakar pun. Baju yang terletak dicelah-celah lipatan boleh terbakar, sedangkan baju lain dan almari tak terbakar. Rambut si anak dalam tudung boleh terbakar tetapi tudungnya tidak. Memang pelik. Malahan semasa saya menziarahi keluarga Sidek ini, saya sendiri melihat bagaimana api tiba-tiba muncul pada langsir dan kain buruk yang terletak dicelah barangan lain.
Kalau ngkorang nak ziarah, datanglah ke Kg. Carok Meranti. Tuju ke kawasan Karangan dan Mahang kearah Gunung Bongsu, daripada Kg. Gunung Bongsu lebih kurang 15 minit.
Kalau sesiapa boleh membantu lagilah bagus. Saya sendiri dah meminta sahabat-sahabat yang pandai dalam hal ilmu hitam, hal-hal ilmu halus dan lain-lain tetapi masih belum dapat menyelesaikan masalah keluarga ini. Kami sebenarnya dah buntu tentang cara bagaimana nak membantu masalah keluarga ini. Kalau sdr/i ada kepakaran atau mengetahui sesiapa yang boleh menyelesaikan masalah ini, bolehlah menghubungi saya atau terus ke Kg. Carok Meranti tersebut. Pertolongan dan bantuan sdr/i sangatlah dihargai.
Adios & grasias.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
15 Zulqaedah 1430 / 03 Nov 2009
*****************************************************************************
(Petikan daripada Berita Harian 15 Zulqaedah 1430 / 03 Nov 2009)
Kebakaran misteri hantui keluarga di Bandar Baharu
KULIM: Sebuah keluarga di Kampung Charok Meranti di Bandar Baharu di sini terpaksa hidup dalam sebuah bangsal sejak dua tahun lalu apabila rumah mereka dilanda satu fenomena aneh iaitu kebakaran misteri. Bangsal berukuran tiga meter itu menjadi bilik tidur keluarga Mohamad Sidek Hamid, 49, dan isterinya Fauziah Ishak, 48, serta enam orang anak mereka. Mohamad Sidek berkata, mereka terpaksa tinggal dalam bangsal itu kerana rumah batu milik mereka tidak dapat didiami kerana diganggu oleh kebakaran misteri dan baru-baru ini bilik tidur utama rumah itu terbakar secara tiba-tiba.
"Kebakaran dalam bilik itu memusnahkan almari pakaian dan buku sekolah anak-anak, beberapa buah kitab suci al-Quran dan kebakaran aneh ini sering berlaku ketika saya dan keluarga tiada di rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini. Beliau berkata, pasukan Bomba dan Penyelamat Serdang telah datang menyiasat kes kebakaran pada hari kejadian dan beliau turut membuat laporan polis mengenai kejadian aneh itu. Mohamad Sidek, berkata apa yang menghairankan ialah salinan laporan polis itu yang disimpan dalam sebuah laci almari juga terbakar walaupun almari itu tidak terbakar.
Kebakaran misteri itu muncul sejak mereka mula mendiami rumah itu setelah membelinya dengan harga RM40,000 menerusi Skim Mesra Rakyat pada 2007. "Kini seluruh anggota keluarga mengalami trauma dan sering ketakutan serta tidak lagi mampu menanggung masalah yang dihadapi kerana wang simpanan dalam rumah itu juga akan hilang. "Saya telah berikhtiar dengan menggunakan khidmat lebih 100 orang bomoh tempatan termasuk Sabah dan Sarawak serta dari luar negara seperti Thailand, Indonesia dan Myanmar, malangnya tiada seorang bomoh pun yang mampu mengatasi masalah kebakaran misteri itu dan keadaan rumah kami masih tidak berubah," katanya. Fauziah pula berkata, suaminya itu telah diserang sejenis penyakit ganjil ketika mengendalikan sebuah kedai runcit sehingga terpaksa menjual kedai itu dan kemudiannya apabila mengusahakan kebun sayur, tanaman itu turut dirosakkan dan kini suaminya menoreh getah.
"Sekarang kami pun tak tahu apa nak buat lagi," katanya yang sungguh gusar dengan keadaan itu yang telah menyulitkan kehidupan mereka sekeluarga. - Bernama
zul4kulim
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...