Isnin, November 16, 2009
BN Jangan Mimpi Nak Tawan Selangor | Nizar News
Konvensyen PKR Selangor
Oleh MayLin
"Ini markas kita, ini kubu kita. Dia datang sentuh, kita lesing dia," katanya yang sekali lagi mendapat tepukan gemuruh oleh lebih dari 2,000 perwakilan daripada 22 cabang PKR di negeri Selangor.
Sambutan yang diluar jangkaan juga menunjukkan sokongan terhadap Parti Keadilan Rakyat tidak pernah luntur seperti yang dimomok-momokkan oleh pihak BN. Kelihatan semua bangsa Melayu, Cina dan India memenuhi ruang dewan konvesyen PKR Selangor di Dewan Jubli Perak Shah Alam pagi ini sehinggakan tiada tempat duduk yang kosong, ada yang berdiri dan ada yang duduk bersila di atas lantai.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan perang terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercita-cita untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.
"Serangan daripada pusat, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata nak rampas, walau tidak secara langsung tapi maksudnya begitu. Najib bukan saingan kepada menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim..
"Saya datang untuk bantu kerajaan negeri dan rakyat dan tidak mahu menimbulkan ketegangan politik. Saya mahu (tugas) menteri besar menjadi lebih kukuh.
"Sekarang silakan Najib. Masuk sahaja dan sentuh Selangor, kita bertempur habis habisan, kita tak akan berdiam diri, Selangor kubu kuat kita" katanya lagi. Seperti yang kita semua maklum bahawa Selangor adalah 'lubok' reformasi.
Najib juga merupakan pengerusi perhubungan Umno Selangor dan pengerusi BN.
"Mula-mula serang dengan isu ekor lembu. Sekarang ni serang kepala lembu pula. Kita jangan ingat selesai. Kalau kita rasa selesai, kita silap.
"Bila PM (perdana menteri) nak serang dan rampas, dia akan guna segala jentera. Semua jentera dia gerakkan. Mungkin dia gunakan kata-kata yang lunak, ia manis bagaikan madu tetapi ia umpama racun bisa bagaikan hempedu," katanya.
Katanya, perkara itu juga menjadi antara sebab utama beliau menerima tawaran Khalid yang juga pengerusi PKR Selangor untuk menjadi penasihat ekonomi negeri itu.
"Jangan ada anak-anak kecil yang nak bermain-main di sini, saya datang kerana ada pengalaman. Kalau ada anak kecil main-main, kita tangkap dan lempar keluar," katanya
Anwar juga berjanji untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan mempertahankan ekonomi negeri itu.
Beliau berkata, ini kerana laporan ketua audit negara menjelaskan bahawa prestasi dan rekod baik telah ditunjukkan oleh Khalid dan ia tidak pernah dicatatkan oleh menteri besar sebelum ini.
Dalam ucapan itu juga Anwar optimis bahawa kerajaan Selengor di bawah Pakatan Rakyat dapat dipertahankan dalam pilihanraya akan datang dan prestasinya juga akan jauh lebih baik daripada pilihanraya Mac tahun lalu.
Dalam sidang media selepas itu, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa pengisytiharan perang itu adalah tindak balas terhadap pengisytiharan Umno untuk merampas kembali Selangor.
Bagaimanapun beliau tidak menolak kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang melibatkan pembangunan dan kepentingan rakyat.
"Kita tentunya akan bertahan dan serang balas (jika ada serangan). Dan pendekatan kita dari awal, dari segi kerajaan adalah kerjasama, bukan lawan. Dan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan.
"Kalau urusan pembangunan ikut lunas yang baik dan lunas demokrasi, kita ikut dan bukan bermaksud untuk melawan," katanya
utaraonline
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...