Sabtu, November 28, 2009
Bukan Islam amat percaya Nik Aziz
Tarmizi Mohd Jam
KUALA LUMPUR, 28 Nov: Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, tiada siapa dapat menyangkal Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat seorang pemimpin yang memerintah dengan bersih, beriman dan budiman.
Katanya, pandangan tersebut turut dikongsi oleh orang bukan Islam bukan saja di Kelantan tetapi di seluruh negara.
"Bagi bukan Islam pun menganggap beliau seorang yang bersih dan mempunyai keutuhan integriti dan kerana itu beliau layak menjadi pemimpin. Hakikatnya Kelayakannya itu tidak ada yang dipertikaikannya.
"Orang bukan Islam tidak keberatan untuk menerima Tok Guru (Nik Aziz) kerana beliau sudah membuktikan dirinya seorang yang berintegri berakhlak tinggi dan bermoral," kata Tan Seng Giaw kepada Harakah.
Beliau berkata, mereka percayakan Tok Guru Nik Aziz kepada nilai-nilai yang termaktub dalam al-Quran iaitu seorang yang adil, jujur tanpa mengira kaum, warna kulit dan kawasan.
Malah katanya mereka percaya sepanjang 20 tahun Mursyidul Am PAS itu memerintah Kelantan beliau berjaya menolong semua kaum.
Ujar Tan Seng Giaw lagi, berdasarkan asas tersebut Tok Guru Nik Aziz diterima sekali pun tanpa modal dan hasil dari Kerajaan Pusat.
Katanya, dalam keadaan yang sedemikian Menteri Besar itu boleh kekal memerintah lebih dua dekad dengan berkesan walaupun tanpa peruntukkan dari Kerajaan Pusat.
Tan Seng Giaw yang juga anak jati Kelantan berkata, Tok Guru Nik Aziz tidak menerima rasuah dan tidak mementingkan diri sendiri tetapi mengutamakan rakyat dan negeri Kelantan.
"Itulah yang istimewanya, beliau berpolitik untuk berkhidmat bukan untuk personal dan sebagai seorang ahli politik beliau memberi sumbangan dan berkhidmat untuk rakyat bukan menjadi ahli politik untuk mengaut keuntungan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kepong.
harakahdaily
Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
memang dulu tidak percaya pada islam tapi setelah TGNA menerajui kelantan yakin amat benar pada agama islam.TGNA berkata islam itu majmuk,tuhan itu satu untok semua dalam bible pun kata begitu.TGNA berkata tiada bangsa pada hari akhirat[afterlife]amat benar,bible pun kata hakikat yang sama.TGNA berkata lagi tiada ketuan melayu hanya ketuanan islam memang dipersetujui sebab dalam al- quran ada tertulis mengenai bible, nabi isa,nabi musa etc.tidak ada sepatah perkataan pun mengenai siapa tuan siapa hamba diatas bumi mana pun.TGNA menekankan islam itu sendiri adalah kehidupan yang ideal bagi mereka yang mengerti,sebab itu islam tidak ada mereka cipta musoh atau fitnah pada sesiapa.Syabas TGNA setinggi penghormatan buat TGNA sekeluarga.Kami mendoakan agar TGNA sekeluarga dilindongi oleh ketuhanan yang esa dari pancaroba dalang dan fitnah mendatang.
BalasPadamMemanglah mereka akan percaya penuh. Nik Aziz berjaya menjumudkan umat Islam. Dgn adanya Nik Aziz lebih mudahlah umat Islam dimundurkan
BalasPadam