Jumaat, November 13, 2009
Gejala rasuah tak mengenal bangsa | Nizar News
Kunta Kinte
NOV 13 — Minggu lalu kita cakap fasal Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cadang nak beli jet pejuang baru ganti MiG29.
Kunta Kinte kata fikir-fikirlah dulu fasal negara dan rakyat jelata dalam keadaan susah sekarang. Kalau boleh perbaiki dan pakai balik, perbaiki dan pakailah dulu. Kalau tak boleh juga, kita tangguhlah sementara.
Tak lama lepas Kunta Kinte buat cadangan itu, Kunta Kinte baca berita Kerajaan Switzerland tangguh dulu rancangan nak beli jet pejuang baru. Switzerland ini negara maju. Kalau ikut congak Bank Dunia, ia duduk nombor enam dari segi pendapatan perkapita. Kita nombor 48.
Kita nak ganti MiG29 yang baru berumur dalam 10 tahun. Switzerland nak ganti pesawat F5E yang kita dah lama simpan dalam stor.
Maaf cakaplah, kadang-kadang Kunta Kinte pun hairan fasal apa cepat sangat nak tukar dan beli peralatan baru. Fasal kebajikan negara atau fasal ada orang boleh dapat komisen besar?
Kinta Kinte pun ada baca berita Keretapi Tanah Melayu (KTM) beli empat lokomotif diesel yang dipulihkan berusia 20 tahun dengan harga RM30 juta. Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional pertikai fasal apa harga tinggi sangat.
Mereka kata Argentina dan Costa Rica beli kepala kereta api yang sama dengan harga lebih murah.
Eloklah kalau Ahli Parlimen kita nampak benda-benda macam ini dan mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat. Yang kita tak mahu Ahli Parlimen kita duduk diam-diam atau tumpang sekali.
Kunta Kinte setuju SPRM siasat. Bukan apa, tetapi nampak seolah-olah banyak sangat projek bawah Kementerian Pengangkutan yang jadi haru-hara dan timbul syak wasangka.
Mula-mula kita dengar fasal skandal berbilion-bilion ringgit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Kemudian skandal terlebih bayar pembinaan landasan kembar yang didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Kunta Kinte nak tanya macam mana Kementerian Pengangkutan boleh lepas pandang? Atau macam kata pepatah, kalau tidak ada-ada masakan tempua bersarang rendah.
Kita yang datang dari kampung tentu tahu burung tempua buat sarang yang cantik di tempat tinggi, macam pokok nyiur dan rumpun buluh.
Yang Kunta Kinte takut, bukan terlebih bayar, tetapi memang sengaja buat macam itu fasal yang jadi subkontraktor adalah kawan rakan atau orang pilihan pembesar tertentu.
Kunta Kinte rasa amalan rizabkan kementerian tertentu kepada ketua parti tertentu kena ditukar. Nampak terang kaedah itu sudah tak boleh pakai.
Nombor satu ia hadkan hak Perdana Menteri (PM) dan nombor dua kaedah ini boleh disalahgunakan oleh penyandang.
Kalau PM dah tarik balik portfolio Kementerian Kerjaraya daripada MIC, Kunta Kinte rasa dia wajib tarik balik Kementerian Pengangkutan daripada MCA. Bagi MCA kementerian lain. Lepas itu barulah senang nak siasat apa dah jadi dengan kementerian lama.
Tukar jawatan dan kementerian ni bagus. Tangan PM tak terikat. Menteri pun selalu berjaga-jaga takut kena tukar. Bila kena tukar, orang baru mungkin siasat dan jumpa najis yang dia buat. Jadi masing-masing takut buat najis. Bila takut buat najis, bersihkan kerajaan dan pengundi pun mungkin sokong balik kerajaan.
Tapi kalau duduk main cara lama fasal takut lukakan hati parti komponen atau takut orang Cina dan India merajuk, Kunta Kinte khuatir pada pilihan raya akan datang, bukan saja orang Cina dan India tak balik sokong, malahan lagi ramai orang Melayu yang merajuk.
Orang Cina dan India mereka tak merajuk. Mereka main strategi. Mereka buat congak, buat kira-kira dan buat ilmu hisap. Mereka sokong yang kuat. Mereka kata kerajaan yang orang Melayu pimpin tak cekap, rasuah dan macam-macam lagi sampai ada orang Melayu dah jadi penakut dan apologis. Sikit-sikit minta ampun dan minta maaf.
Tapi kita kena faham juga yang banyak bagi rasuah dan tumbuk rusuk pembesar Melayu, polis Melayu dan kakitangan awam Melayu tu siapa?
Tangkap Melayu yang terima rasuah saja tak cukup. Cekup juga tauke-tauke yang bagi rasuah, bagi ang pau dan cincai sana dan cincai sini.
Tak apalah nak rahsia dan lindung whistle blower. Tapi apa hal kalau peniup wisel itu juga yang bagi rasuah, yang bagi ang pau dan yang ajak si Melayu pelahap pergi makan-makan dan berseronok? — Berita Harian
themalaysianinsider
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...